Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Friday Night;

Malam semalam aku dan kekasih telah men-JuscoCard-kan diri kami dengan menyinggah ke Midvalley selepas pulang kerja, well taklah menyinggah sebab ia bukan route perjalanan kami. Boleh dikatakan kami memang merancang nak ke sana cuma tiada sebab yang utuh apatah lagi dalam keadaan baki wang di bank cuma xx.xx sahaja. Pertama kali aku pergi ke Hari Ahli Jusco adalah di Melaka, agak hectic. Masa tu masih lagi pelajar universiti yang miskin dan suka berjoli dengan cara naik bas 2 jam untuk berjumpa kekasih, bercengkerama dengan berjalan-jalan di kota tua Melaka apatah lagi Jonker Street/Walk dan menonton wayang di GSC Mahkota Parade pakai kad pelajar kemudian pulang semula ke universiti menaiki bas 2 jam lagi. Nyehehehehe. Kali kedua aku pergi adalah di Taman Equin. Niatnya dah lah nak melawat Bonda di rumah kakak, depan Jusco je! Tapi ternampak saja kain rentang JUSCO MEMBER'S DAY terus membuat pusingan U dan menghala ke Jusco, usah cakaplah setiba sahaja di sana gelap mata sekejap melihat barangan yang diskaun dengan melampau. Kalau tak silap, kebetulan tika itu hampir Aidilfitri. Terpaksa membuat panggilan telefon kecemasan kepada Bonda mengatakan kami akan datang kemudian hari saja, harini tersangkut di Jusco. Bonda tepuk dahi! Lain kali kami datang membawa permainan untuk Adam sekali, pandai bermanis mulut hihi(aww man, rindu la mamat comel ni)

Setibanya kami di sana, susur masuk ke Midvalley dari arah Seremban telah ditutup dengan selambanya oleh pak guard secara tak semena-mena. Kot yea pun nak tutup jalan lain kali bagilah warning dulu, buat pengumuman di radio atau di laman web SnS ke, ni sukahati je buat muka sombong berdiri situ. Hmmf, terpaksalah kami pusing musing Bangsar dan masuk melalui susur berhampiran Dataran Maybank. Parkir kereta di The Gardens rupanya sama kadar dengan Midvalley, ok aku baru tahu. Lain kali mudah parkir di situ aje, lebih selesa dan luas. Masuk saja Midvalley, ternampak Diva dengan papan tanda EVERYTHING UNDER RM13. Hampir meluru masuk bagai seorang toreros ingin menawan lembu ganas, nasib kekasih menenangkan aku. Diva ditangguh dahulu, menuju ke Zara. Hajat kekasih ingin membeli sepasang jeans untuk dirinya sementelah jeans kegemaran Zara telah dirampok, jeans Levis-nya pula dah terkoyak di lutut ("susah betul ada lutut tajam ni", katanya). Malang sungguh nasib kekasih, jeans yang diidamkan bukan dalam kategori diskaun 50% mahupun 5%, NEW COLLECTION. Bajet memanglah tiada untuk yang itu, keperluan terpaksa diketepikan. Kemudian saja jawabnya, sugul sungguh muka dia. Olololololololo. Seterusnya menuju ke kedai wajib, TOPSHOP. Nyehehehehe. Yes! That button down denim skirt yang aku mahu sudah diskaun lagi. So Farah Fawcett mmkay. Tapi bila aku cuba, kelihatan pendek pula. Boleh dikatakan mini skirt tak macam dalam gambar di bawah. Aku kata ok je, boleh dipadankan dengan sheer black tights, tapi kekasih kata NO. Jadi aku pun mencuba denim swing skirt, comel ada poket tersembunyi untuk menyorokkan my dirty hands and sweets. Ia ala skirt seorang penyorak pasukan ragbi, which makes my derriere seems larger than life. But meh, I think I can make it work. Yakin lah sikit okay? Akhirnya, cuma aku seorang yang membuat pembelian. Sekarang, cuba teka skirt mana yang aku pilih?
versus
Seterusnya menuju ke Jusco, oleh kerana terlampau ramai orang dan gila hangit bingit kami pun berlalu meninggalkan MidValley. Semua department stores telah pun tutup tika itu jadi tiada Diva untuk aku semalam. Lain kali mungkin. Makan malam kami, char kuay teow di Puchong lah. Kegemaran bersama. Yesterday ended well in my opinion, especially the part we partially play recite Reflections of A Skyline along the drive.. ;)

p/s: Happy Birthday Putir!!