Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

entri bergambar

Kenduri perkahwinan sepupu sang kekasih keluarga sebelah bondanya, Sabak Bernam perkampuangan Jawa. Ramai yang amat hadirinnya, khabarnya kerbau/lembu ditumbangkan. Yang pastinya hidangan ala Jawa; gulai umbut masak lemak, serunding daging, gulai kurma daging, ayam goreng amat menyelerakan. Ehem telan air liur k menaip ni. Sedap, dan seronok melihat bonda kekasih gembira berjumpa keluarganya. Walau rasa agak kekok kerana bukan sebahagian dari famili tapi tak mengapalah I'm cool :PYang ini pula, Sang Puaka aka Fazlee Shah yang telah selamat bernikah dengan pasangan kekasih Intan di Tanjung Ipoh, N9. Aku terpaksa hadir kenduri di sebelah perempuannya kerana hujung minggu ini aku mempunyai urusan lain yang tak dapat dielakkan. Yang ini pun, hidangan masakan N9. Fuh, kecur air liur lagi. Hep, pantang sebut pasal makanan. Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin ni. Hmm, cuma pelik kenapa ada patung yang memakai baju pengantin di kedua-dua belah pelamin dalam rumah tu ye? Memang kebiasaan orang N9 kah?
Selamat pergi shades putih inspirasi Juno McGuff ku.. Nanti makcik Shuz jaga awak baik-baik okay. Oh ya, itu kardigan ceri yang ditunggu-tunggu minggu lepas. Hehe :P