Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

takde maknenye//hidup anda lebih bermakna dengan shades ala Juno ni.

Hari ni aku mengantuk sangat. Tiba di Bangi hampir jam 12 malam.. bertolak dari Hutan Melintang, Perak jam 7.30petang semalam. Penat beb. Jadi aku pun menghayunkan langkah ke Walk-In (kedai kecil dalam kilang). Cadangnya nak menghadap coklat cadbury atau apa-apa yang berunsur coklat. Supaya aku lebih segar dengan adanya mini refreshment tu. Sedang aku membelek-belek, kedengaran suara pelanggan di kaunter,

"Hamboi, mahalnya!!"

Semua orang macam senyap sekejap dan melihat apa yang terjadi. Aku, tanpa usul periksa dan tak berlengah lagi terus berpatah arang dari memilih coklat yang dah pastinya mahal terus menuju ke rak gantung kudapan 50sen. Angkat 2 plastik beg asam, letak RM1 kat kaunter. Blah.

Walaupun aku shopaholic(beli asam pun shopaholic ke?), tapi aku tetap gadis kilang yang kedekut. Sesiapa yang nak baucer RM10 Secret Recipe, sila tinggalkan alamat emel anda. Sekian harap maklum.

p/s: Sudahkah anda jokerize gambar anda?
pp/ss: Secret Recipe memang menyediakan promosi itu, tidak perlukan kupon/baucer. Saya dah menjamu selera tanpa segan malam semalam. RM10 (tidak termasuk cukai).
ppp/sss: <- obviously i'm joking and being lazy. Aku nak menjual ini: Baru saja aku terima dari gadis-gadis comel Trendy Confession hari ini. Tapi aku ingin membeli benda lain, jadi menjual pada harga pembelian iaitu RM15. Anda mahu?