Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

hubung-an;

Beratnya rasa jemari dan otak berfikir untuk entry ke 101 ni. Lain macam punya berat tau. Kamu pernah rasa sesuatu? Tatkala berada dalam kelompok manusia yang sama buat beberapa ketika, kamu akan rasa lemas, rimas dan benci? Aku... mungkin antara manusia pelik yang mempunyai trait itu. Dilahirkan menjadi seorang penyendiri. Aku bukan sombong. Aku cuma kurang bercakap. Lebih selesa berada di sebalik skrin dan papan kekunci yang bisu ini untuk berkomunikasi. Sehinggakan bertemu kekasih di mIRC bertahun-tahun dahulu. Kronik kah? Tidaklah, bukankah ia lumrah normal generasi kini?

Yang kasihannya..bagi teman sekeliling yang berada di sampingku. Aku tampil kekok, biasanya kerana aku mencari ide untuk berkata-kata. Jika ditinggalkan berdua, aku tergaru-garu keresahan (tidaklah seteruk yang digambarkan, exaggeration semata). Lebih tenang jika bertiga atau berempat, ada buffer. Heh. Cuma aku paling selesa bila dengan dia. Pandai dia mengambil hati aku..

Jadi sekiranya kamu bertemu dengan aku di pertengahan jalan mahupun tepian, sudi-sudikanlah bertegur sapa kerana aku kadangkala terlalu asik dengan dunia angan-angan aku sendiri ataupun aku dengan malunya mengelak bertemu mata dek kerana khuatir tiada kata yang dapat diluahkan. Orang kata apa, blank sekejap. Aku tak sombong, percayalah. Jika pertolongan yang diminta, aku cuba sebaiknya untuk membantu (jika hal wang, umm itu harus difikirkan dahulu ya). Hehe :P

Kisahnya sekarang, teman serumah bakal meninggalkan aku. Dia akan meneruskan kehidupan ke tapak tangga lagi satu, sebagai seorang isteri. Wow, tak sangka aku. Dah dua dekad lebih hidup rupanya. Ramai rakan-rakan sudah mengikat tali pertunangan, bakal menjadi suami atau isteri orang. Aku? Hep, lambat lagi.. banyak perkara yang perlu diselesaikan. Usah gusar, aku belum lupa, jika tiba harinya pasti diumumkan. Sebelum tu, bulan Oktober ni siapa nak menjadi peneman aku di rumah? Hmmm....

p/s: malam ni aku tengok Hancock. Sila cemburu sekarang.