Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Mimpi Lagi;

Satu malam tidur di Sarawak, iaitu malam terakhir aku bermimpi sesuatu yang menyebabkan aku sedih gila. Aku mimpi kawan-kawan sekolah 14thbatch telah mengadakan majlis pertunangan beramai-ramai dengan pasangan masing-masing tanpa mengajak atau menjemput aku. Lagi pulak kebetulan memang aku berada di area majlis dan ternampak si Amelia berpakaian putih polos bermanik lebat lagak seorang pengantin dari kayangan. Eh, kata aku. Aku pun bertanyakan apa cerit Amy pakai baju macam ni? Kahwin tak ajak aku ya, selamba aku serkap jarang (macam betul, tapi mimpi je). Amy pun menerangkan beberapa puteri(panggilan buat budak perempuan sekolah aku dulu, kalau lelaki putera.. Gaya cikgu cakap, "Putera puteri SEMESTI.. jadi yang pertamanya adalah .. ") dari batch aku dah sepakat membuat majlis pertunangan beramai-ramai. Runtun jiwa sekejap, aku ingat sangat airmata aku bergenang sebab dilupakan. Amy tanpa bersalah mengajak aku ke tempat majlis diadakan. Dan disana aku saksikan Ili, Sun, Amy, Aini H, Aisyah Kecik dan ramai lagi bersama-bersama diarakkan ke pentas pelamin. Pasangan lelaki memakai tuksedo dan pasangan perempuan sedondon berwarna putih dengan gaya masing-masing.

Yang peliknya, jemputan cuma terdiri dari bebudak batch aku sendiri dan beberapa muka yang tidak dikenali, kebanyakannya wedding photographer & katering. Bila aku amati muka tetamu yang hadir, kebanyakannya senyum pahit sahaja. Samada kecewa dengan bekas kekasih yang dah diiikat orang atau cemburu bila dibanding nasib diri. Sempat jugala aku bertanya kepada salah seorang kawan tu, kenapa sampai hati tak mengajak atau menjemput aku. Mencelah yang kecewa berkata, dia pun tidak diajak.

Terjaga dari tidur memang hati aku sedih dan kecewa ditikam belakang oleh kawan-kawan sepuluh tahun ni. Walau jarang berjumpa atau berkomunikasi cuma di majlis kenduri mutual friends atau komuniti berlambak, tapi 5 tahun tinggal sebumbung, mandi berkemban di kolah sama-sama, main teng-teng kat kaki lima sebelah dewan makan(tak sangka aku main jugak lol malunya bila ingat balik), kena CS atau DC ramai-ramai.. macam mana lah hati tak sedih dilupakan betul tak?

Tapi bila diceritakan kembali kepada kekasih, digelakkan aje.. Ala bukannya kahwin pun, diorang bertunang pun nak sibuk-sibuk.

Hish, susahlah orang laki memang tak faham.

EDIT: found this regarding the beloved school. Ish geramnya! I know I saw Alimuddin talking about SEMESTI & Jubli Perak in the news when I was eating Kolok Mee at Kuching. Tak sangka pulak ini beritanya. Hee bodoh bodoh bodoh!