Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Saturday Shits;

Antara perkara-perkara yang membuat aku lokek bekerja di kompeni ni, bekerja seperti any normal day pada hari Sabtu. Termasuk Sabtu 050708 haritu yang aku terpaksa korbankan cuti tahunan demi menghadiri perkahwinan Puaka sebab 130708 aku dah ada kat Kuching layan RFWMF. Termasuk juga 020808 dimana aku akan korbankan lagi cuti tahunan kerana aku dah berjanji nak bersama-sama perempuan-perempuanku membuka kedai di Bijou Bazaar, jangan lupa datang dan bagi sokongan okay? Termasuk juga bakal menjelang 160808, aku pun tak pasti ada event apa hari Sabtu yang ini. Pastinya aku akan masuk kerja macam biasa iaitu jam 8pagi kemudian balik selepas 530petang. Banyak benda yang aku lokek bekerja sini, tapi eh takpelah asalkan aku dapat duit tiap-tiap bulan kira bersyukur lah tu. Selepas kekasih menyediakan macro kiraan bajet bulanan agak lega sikit sebab nampak semuanya tertulis dalam kertas dalam bentuk nombor-nombor, cuma perlu masukkan digit gaji, debit dan kredit aku sudah tahu berapa banyak aku dah belanja T______T. Selama ni tak pernah pun aku tulis perbelanjaan aku, la ni baru nak buat. Maaflah, aku yakin semua orang ade benda ni untuk senang keep track penggunaan wang masing-masing kan? Sekurang-kurangnya taklah aku menggelabah hanjing bila dah nak hujung bulan.

Cuma... aku agak benci dengan polisi kredit kad yang terbaru ni. Perbandingan eh,
Dulu:
------
May -> hutang 400 -> bayar 300 -> balance 100
June -> hutang 200 + 100 --> bayar semua

interest kene atas 100 yg May tu

Sekarang:
-------------
May -> hutang 400 -> bayar 300 -> balance 100
June -> hutang 200 + 100 --> bayar semua

Interest kene atas 100 (May) and 200 tu jugak. Sebab interest free period tu void untuk org yg carry-forward hutang.
Hampeh tak? Terutamanya bagi aku yang statement keluar awal bulan dan perlu bayar sebelum hujung bulan. Maka tak dapat lah aku carry-forward walau 1 sen pun demi mengelak interest. Selama ni memang lah berjaya mengelak sentiasa, menggunakan hikmat bayar terus bila keluar kat m2u. Ahah.

Apa-apa pun, baru pukul 940pagi ke? Oh lambatnya masa berlalu :(. Oh ya, lihat ini. Omnomnomnom.

p/s: HO HEY UPDATE ON SPUTNIKMERCH!;)