Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

ramainya orang kahwin bulan ni!

Ok sebenarnya minggu lepas aku pergi ke sebuah lagi kenduri kahwin, lagi. Tak habis-habis dengan kenduri kan. Pengantin lelaki merupakan rakan kekasih sejak sekolah menengah > uni > tempat kerja. Ayat pertama bila dapat bersua pengantin perempuan diatas pelamin,

"ami kenal siput yea?"

Oh kecilnya dunia, rupanya rakan di sebelah sini mengenali si perempuan 'superwoman' ni. Senior di sekolah menengah katanya. Aku cuma tergelak kecil je bila disebut nama tina sebagai siput. Kelakar okay.

Lepas tu aku curi lagi sekuntum bonga ros putih, macam di kenduri Anna tempoh hari. Tapi bunga ros Anna masih mewangi di dalam kamar tidurku walaupun sudah kekeringan berbanding bunga yang ini. Mungkin kerana ditinggal berpanasan dalam kereta tika kami membeli-belah.

Anyway, semoga berbahagia hendaknya Zahrul & Dayana!