Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

;

Selepas menonton The Devil Wears Prada bersama kekasih di Starbucks Ikano semalam, memanglah membuak-buak rasa nak pergi membeli-belah kan. Nasib baik Ikano tak best so kami tak membeli apa-apa sangat. Pergi menuju ke Safari World/Zone, first time datang! Woo seronok lah tengok ikan-ikan yang banyak dan menenangkan. Cuma agak geli geleman melihat ular yang meliuk lintok. Urgh gila spoil. Tempat tu tiada kucing ke? Cuma dengar bunyi anjing menyalak-nyalak sebab kandang mereka dah ditutup lampu tapi tak nampak kelibat kucing. Hmmm... miau?

Di Harvey Norman hampir membuat pembelian sebuah mini hi-fi Philips yang berkotak kayu tu. Idaman untuk diletakkan dibilik, sangatlah membazir kerana bukanlah keperluan sangat dan aku pun dah tak berduit ni. Harga pun dah melebihi apa yang ada dalam bank balance. Hah!

Nasib baik bertemu Popular Bookstore walau di saat-saat akhir, sempat juga membeli buku-buku. Kalau kerana membeli buku, aku tak berkisah sangat. Pejam mata dan swipe. Nanti boleh mendapatkan pulangan cukai di hujung tahun :)

; franz kafka's amerika
; display copy only (sebuah buku grafik yang aku berkemungkinan menyesal beli)


; bought a copy of envy magazine last week