Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

-+-

gambar

Kekasih saya cakap saya groovy hari ni. Saya tanya kenapa, sebab saya sendiri tak pasti definisi groovy. Dia cakap sebab saya pakai baju bonda saya yang bonda pakai masa tahun 70-an dulu. Hah.. groovy ke namanya tu? Baju tu agak see-thru, well memang see-thru. Tapi sebab saya memakainya ke pejabat dimana kewajipan memakai vest/jaket kelabu buruk jadi saya selamat dari menunjukkan kepada dunia bra lace saya. Lagipun warna baju ni gelap dan berbunga-bunga sedikit, bertengkuk cekak musang dan berbutang di hujung lengan. Saya sisipkan pula tali reben hitam di loop kiri dan kanan baju di bahagian pinggang. Rasa bangga pula memakai baju bonda ketika dia masih muda remaja dulu, anak kelima dia ni pulak yang sebok memakainya eheh.

Hmm, minggu ni kami pulang ke kampung. Tapi ke rumah famili kekasih saja kerana bonda masih disini membantu menjadi nanny Adam & Adrina. Adrina manja, taknak orang lain. Nenek Adam yang dari Sabah tu macam berniat nak membawa Adam ke Sabah :(, sedih la nanti kalau dia takde... Adam memang nakal, baru dua tahun lebih tapi suka memanjat sana sini dan ya bonda tak mampu nak menjaga kedua-dua anak tu serentak. Kedua-duanya perlukan attention, undivided attention. Menangis jika ditinggalkan walau cuma ke dapur. Haih, rasanya aku belum bersedia untuk mempunyai anak sendiri. Kalau ya pun, aku akan pastikan mereka membesar di rumah yang selesa dan luas. Ouff, rasanya terlalu awal untuk berfikir hal begini.

ps: hari ini ada orang cakap aku lebih comel dari si gadis baru yang comel di pejabat sebelah. ahah, terima kasih!

pps: yes! dapat movie the orphanage dari puaka. tengah minta dia download paris j'etaime & teeth :)))