Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Ojigi; Lesson #1

Haih, hari ini kelas bahasa Jepun lagi. Rasanya tiap minggu mengeluh malas mahu pergi. Tapi setiap kali pulang mesti dalam keadaan pecah perut akibat terlampau ketawa. Sensei Nooru memang baik hati dan sporting yang amat. Ahli kelas pulak suka buat lawak tahap tapir, mesti tak menyesal pegi. Sekali pun tengah sakit kepala. Ni aku nak kongsi salah satu video klip dari Youtube yang Sensei tunjuk pada kami.

Ojigi;
perbuatan menundukkan badan (tunduk) untuk menunjukkan hormat atau memohon maaf. Rupanya terdapat beberapa paras untuk ojigi. Kelakar yang amat. Sila lihat klip ini, anda akan faham:

video


Sekarang anda tahu cara sebenar seorang Ninja. Muahahahahahahahah!