Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

sunnysunny sunday

Penatlah. Berulang alik dari Kajang ke Meru ke Kapar. Yes people, two weddings today. Kenduri di Kajang tak sempat pengantin nak datang berarak kami terpaksa berangkat pulak ke Meru. Di Meru pulak suasana agak tenang kerana cuma kenduri doa selamat dan makan-makan saja diadakan. Tiada kugiran atau lagu-lagu berkeroncongan. Tenang rasanya. Lagipun, kenduri besar-besaran dah pun diadakan di belah perempuan di Medan, Indonesia.

Hmm, plan B?.... Malam kelmarin, aku diberi pilihan samada mahu kuizin Melayu, Cina atau India. Aku memilih makanan Indian kerana teringat sangat kepada satu restoran india daun pisang di kawasan Jonker Walk, Melaka. Lalu kami berangkat ke Jalan Gasing, PJ. Rancangan dia untuk membawa aku menjamu selera di Gems Restaurant.

Sayangnya, the whole place was booked for a private function :(. Kecewa la jugak, ingatkan mahu ke Midvalley mengubat lara. Terlepas pulak simpang terus ke Bangsar Village. Adoi, sabar tak sabar. Heh. Makan jugak di Delicious Cafe, pertama kali rasanya. The food was okay, not extravagant as we expected. Suka suasana dan hiasan dalaman di situ, sangkar burung berwarna putih digantung penghias siling.

So.. anyway aku tengah copy movies dari alrachid :)
Yay!