Sebenarnya dah lama kena tag ngan minah uitm ni, tapi perasaan sangat malas untuk memikirkan jawapan tu menimpa-nimpa bila tengok soklan-soklan nih. Disebabkan aku dah takde idea nak membebel apa kat blog, marilah kita buat sesi mengenali fakta-fakta diri aku!
7 Raw Facts About Me:
Ni dah lama dah jawab dulu, tambah ekstra satu fakta.
7 Things That Scare Me :
1. Kaki kanan aku collapse secara tiba-tiba, selalu terbayangkan kejadian ni dalam kepala sekalipun sedang sibuk membuat kerja berlari ke sana ke mari.
2. Dilenyek lori/treler/kenderaan besar dan panjang.
3. Kipas siling terjatuh atas kepala semasa tidur.
4. Laknat dari Allah (pohon dijauhkan)
5. Ditinggalkan orang tersayang :'(
6. Hantu budak kecik.
7. Bunyi-bunyian misteri di waktu malam, terlalu banyak mak cakap nyah oi.
7 Current Songs (walaupun aku sebenarnya memainkan winamp shuffle & repeat dari sumber keseluruhan mp3, tapi yang benar memakan jiwa ada beberapa):
1. the perishers - pills; sadis.
2. james taylor - you've got a friend; kebelakangan ni memainkan 70's tunes. Yang ni menimbulkan semangat persahabatan dan kesediaan untuk berkorban deminya.
3. matt skiba - next to you; teringat kenangan lama sebab asik memainkan yang ni satu ketika dulu.
4. robyn - konichiwa bitches;
5. she & him - i thought i saw your face today; zooey deschanel, to me she's as cute as a lil girl should be but i might be wrong.
6. damien rice - accidental babies; tajuk yang menakutkan tapi soothing tunes, agree?
7. tiger lou - the sound of crickets; rasa seperti ingin terbang bersama sang belalang dan rama-rama.
Musik aku agak ketinggalan ya?
7 Things I Say Frequently :
1. "pang kang"; pengaruh Acit Esidrein & Pipi.
2. suku kata terakhir perkataan jika ditanya sesuatu oleh kekasih, contoh:"kenyang?"..jawapan pasti.."nyanggggggggg" sambil tersenyum berbentuk D.
3. akhir-akhir ini, "entahlah patik kurang periksa" jika aku tak pasti dengan sesuatu.
4. wooh...
5. aaah...
6. namo.
7. hmmm..
7 Most Valuable and Sentimental Things of Me :
1. Cik City Hitam; mestilah.
2. Dell XPS 1330 yang merah tu.
4. Handphone, walaupun dituduh cabuk atau tidak original aku tetap sayang.
5. Buku-buku yang dalam koleksi.
3. Koleksi kamera filem; smena 8m, canon, olympus trip & kamera digital Nikon P5000.
6. Koleksi kasut yang tak diverse langsung, asik terpilih warna yang sama saja.
7. Kebelakangan ni, aksesori seperti rantai dan gelang.
7 First Time In My Life :
1. Pakai telefon bimbit mudah alih, semasa di matrikulasi. Motorola cabuk ada arial T____T
2. Hampir diculik oleh orang tua pervert, dibawa sehingga ke KL dari Perak (Seriously don't ask me about this. Sejarah hitam)
3. Dipukul bonda dengan cebok kerana hampir membakar rumah (suratkhabar lama di penjuru balkoni).
4. Dipukul bonda dengan penimbang plastik kegunaan dapur kerana menggunakannya untuk menimbang pasir di hadapan rumah. Aku sangkakan bonda dah tak sayang sama aku lagi.
5. Minum minuman itu. Satu kali, dua kali, tiga kali beberapa tahun lampau. Insaf. Tidak lagi.
6. Pelajar pertama dalam fakulti(IT) untuk memiliki thumbdrive, haha Sandisk 256mb. Hilang dah kau.
7. Dikutuk oleh abang bila cuba memasak gulai tempoyak, semasa ditinggalkan bonda waktu bonda menunaikan haji, 90's.
Ah, malas nak tag sesiapa. Kecuali si Iza ni sebab dia bakal naik pelamin! Haha buli dia :P
p/s: Tahniah Iza
isk sempat membuli nampaknya :P
ReplyDeletenanti i buat. dan nak jemput u dtg kenduri on 8/9 Ogos ini. nanti i kasi kad ek.
wah ye ke, kat mana eh kenduri tu nanti? kuantan kah?
ReplyDelete7 Things That Scare Me :
ReplyDelete1. rumah runtuh sebab gempa bumi.
2. mati kena langgar.
3. kena tembak semasa rompakan di bank.
4. masa tidur kena cekik dan mati.
5. takut naik bas.
6. ular.
7. tersadung kaki depan org ramai sebab paling takut malu.
7 Current Songs :
www.sputnik7.com
7 Things I Say Frequently :
1. oh mak ko jatuh tergolek (melatah)
2. oh shit.
3. bijak tak?
4. hebat-hebat
5. siot je
6. oh nganjing gua ye
7. wei
7 Most Valuable and Sentimental Things of Me :
1. jam tangan (10 tahun dah, baru² ni talinya dah putus, macam tau² je aku nak kawin :D)
2. my closets
3. gambar
4. handphone
5. cd
6. didgeridoo
7. bantal
7 First Time In My Life :
1. memasak (1st time mula memasak sejak keje di perantauan ni)
2. hisap dadah (start masa belajar di universiti dulu)
3. hisap rokok (sekali je hisap,ayah aku suruh cuba rasa sbb aku sibuk tanya best tak hisap rokok)
4. 1st time ada bakat ponteng sekolah masa di tadika lagi.
5. 1st time reti bawak basikal masa darjah 5, lewat kan. tu pun main break dgn kaki jer. tak pandai pakai break basikal. ehehehe.
6. dgr lagu led zepp ketika masih di bangku sekolah. satu apa pun aku tak paham, layan sudah...kata abang aku.
7. pukul budak lelaki masa main rounders, pastu mak dia dtg umah marah² mak aku, tapi mak mana yg tak defend anaknya kan :D
banyak lagi benda 1st time ni, tapi dia nak 7 je kan.
kenduri kat kuantan. satu lagi kat kelantan. jemput datang tau. jgn lupa bawak adiah :D
ReplyDeletehahahahaha adoi rajinnya dia! kalau kat kuantan boleh dtg melawat kak rona skalik....... heee alamak ogos ye? bday i 22 ogos, nak adiah! :P
ReplyDeletea'a mmg tgh rajin ni sebab dah takde mood nak bekerja.
ReplyDeleteasyik nak fikir itu ini utk preparation kawin nanti :D
dtgla, boleh jumpa kak rona u tu.
u kasi adiah kat i dulu, pastu nanti i kasi luck (semoga cepat kawin) ehehehehe.
hahahahahaha, kalau bagi duit mesti cepat je. lol.
ReplyDeletewoo bestnya, sila beli majalah Seri Pengantin (kalau tak silap, housemate pon nak kahwin dah tiap2 bulan beli). nanti warna apa dong?
ingatnya kaler peach. tapi tadi my fren ckp dia nak kawin nanti pon nak tema kaler peach. mcm samalah pulak. any other suggestions?
ReplyDeletepink? :D
ReplyDeletekorang dua2 putih kaler pape pon sesuai.. or turquoise?
sepanjang i asik pergi rumah orang kahwin ni, tak nampak lagi orang pakai turquoise hehe
haa.. turquoise pon macam menarik.
ReplyDeletetakpon itam, baru black metal ahahahaha.
hahahahah betul2 :D
ReplyDeletepakai la sari baru la ada kelainan hahah
adik I warna turquoise!
ReplyDelete@mentallyaddicted
ReplyDeleteahahah tak sangka sungguh ada orang melatah dengan ayat yang lebih kurang sama dengan aku
aku pulak "oh mak kau terjatuh"
warna pelangi lah senang XD
ReplyDelete@artgeex, dapat jumpa geng no hihi