Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

;

Selepas menonton The Devil Wears Prada bersama kekasih di Starbucks Ikano semalam, memanglah membuak-buak rasa nak pergi membeli-belah kan. Nasib baik Ikano tak best so kami tak membeli apa-apa sangat. Pergi menuju ke Safari World/Zone, first time datang! Woo seronok lah tengok ikan-ikan yang banyak dan menenangkan. Cuma agak geli geleman melihat ular yang meliuk lintok. Urgh gila spoil. Tempat tu tiada kucing ke? Cuma dengar bunyi anjing menyalak-nyalak sebab kandang mereka dah ditutup lampu tapi tak nampak kelibat kucing. Hmmm... miau?

Di Harvey Norman hampir membuat pembelian sebuah mini hi-fi Philips yang berkotak kayu tu. Idaman untuk diletakkan dibilik, sangatlah membazir kerana bukanlah keperluan sangat dan aku pun dah tak berduit ni. Harga pun dah melebihi apa yang ada dalam bank balance. Hah!

Nasib baik bertemu Popular Bookstore walau di saat-saat akhir, sempat juga membeli buku-buku. Kalau kerana membeli buku, aku tak berkisah sangat. Pejam mata dan swipe. Nanti boleh mendapatkan pulangan cukai di hujung tahun :)

; franz kafka's amerika
; display copy only (sebuah buku grafik yang aku berkemungkinan menyesal beli)


; bought a copy of envy magazine last week

6 comments:

  1. you need to teach me more on credit cards.

    i'm a total newbie ok.

    ReplyDelete
  2. u just got ur first credit card?

    yay!

    ReplyDelete
  3. devils wear prada - cite ni best tapi tak sama sangat dengan buku, kan? aku baca buku tu sepuluh muka surat je ekekeke

    ReplyDelete
  4. devil wears prada.. kat starbucks?

    pinjam credit card. XD

    ReplyDelete
  5. tu la, rasa macam lain je dari buku. rasa cam dalam buku ada maki2 mirinda tu masa ending tapi takde plak kan?

    entah, nnt check balik buku tu.
    anyway kak dit menghilang ke mana! :(

    ReplyDelete
  6. devil wears prada on the laptop bb. takde kena mengena dengan kredit kad?

    tak boleh! haha..

    ReplyDelete

Thank you for taking your time to leave your comment here, but do remember your comment reflects your personality. Be nice to one another :)