Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

sabtu yang sunyi

Rasa sungguh malas untuk kemana-mana. Lagi pula tanpa berteman, nampak gayanya semua orang sibuk dengan hal masing-masing. Sue Mei Ling dan Miss Tino ke Singapurr, C ke Cameron bersama famili, F ke kenduri perkahwinan di Kluang, gadis pergi ke Perak untuk kenduri juga... Haih, maka tinggallah aku terkedek-kedek ke sana ke mari mengharung pengangkutan awam bersendirian. Yang paling malas aku perlu lakukan adalah bertemu si penjual sandal yang tersalah hantar saiz kepada aku untuk membuat pertukaran, dag nammit i'm so furious!

Selesai bertemu bonda sebentar nanti, makan tengahari bersama si kecil Adam dan famili aku, aku akan bergerak ke pusat membeli-belah untuk berjumpa si penjual barangan online. Bagus juga sebenarnya, dapat lah aku meninjau keadaan jualan mega yang ada..? Cuma agak sunyi berjalan keseorangan.. haih, tengoklah nanti bagaimana.

Tennessee Williams once wrote: When so many are lonely as seems to be lonely it would be inexcusably selfish to be lonely alone.