Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

kucing kucing kucing kucing

Malam semalam aku mimpi aku adopt/beli anak kucing kat pet shop. Pasti langkah aku melihat semula gambar kitties di handphone sebelum tidur terbawa-bawa hingga ke mimpi. Gambar kucing di atas diambil di sebuah pet shop di Giant Taman Connaught, Cheras hari Jumaat lepas. Comel gila nak mampus. Seekor lagi yang warna putih tu sakit mata, kasihan dia. Kedua-duanya eager untuk dibelai, menonjolkan kepala bila aku menghulurkan jejari di celah besi sangkar. Such a qt!

Aku terlupa untuk bertanyakan harga kerana yang sebenarnya aku pasti tak akan boleh membawa mereka pulang. Sebab-sebabnya:
1) Aku hampir senantiasa tiada di rumah, agak kejam meninggalkan kucing kesunyian.
2)Aku tinggal di tingkat 3, ada balkoni, ada tingkap terbuka. BERBAHAYA!
3)Si gadis macam tak berapa suka kucing... :'(

Jadi kerana itu, aku tak sabar to get fucking married dan tinggal di rumah sendiri supaya aku boleh fucking own a cat. Yeah, si dia dah bersetuju. Walaupun dia meletakkan syarat bahawa aku akan pegang tanggungjawab penuh untuk memberi makan, memandikan, membuang tinja si kucing.. aku bersedia dan tak sabar lagi dah!

Dah sampai terbawa ke mimpi ni!