Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Kisah Holga yang Numero Uno & Weekend Getaway?

jin botak warna merah. buat muka innocent, sebenarnya ni normal face dia :P~


shot kliche. klcc dari parking lot pudu plaza.

Roll pertama 120mm aku hancus, hampeh dan harem. Ada beberapa keping je menjadi, lalu aku cuci jadi 4r dan scan sendiri kat rumah guna scanner-all-in-one aku yang dah umur ampat tahun tu. Gambar #1 di atas aku dah masukkan dalam frame ikea yang lama dulu aku beli tak pernah dipakai, lepas tu adalah timbulnya kemalasan untuk mengeluarkannya dari frame sebelum scan lalu aku scan je dengan frame-nya skali. Ada jugak gambar aku dua shot yang menjadi, tapi umff segan nak letak sini. Hohohoho.

Anyway, hujung minggu lepas, sesudah berurusan dengan orang Fedex, selepas pulang dari 5 jam OT kat kilang, kami menuju ke Pudu Plaza untuk mengambil gambar-gambar yang dah developed di atas. Lepas tu dah tak tau nak kemana dah, poket pun dah ala-ala kering kami pun dapat idea untuk melepak kat Dataran Merdeka. Sumpah sepanjang aku hidup area dekat-dekat KL ni (dekatlah jugak kan), berhenti kat Dataran tu pun aku tak pernah, kecuali kat traffic light tu la. Duh. Nasib baik hari pun dah petang sikit, cuaca tak panas pun. Aku sebenarnya nak uji tahap kekuatan smena 8m aku. Muehehehe. Dari tempat letak kereta kat atas Pudu Plaza lagi dah posing maut dan tangkap sekumpulan orang tua berbangsa Cina bergaduh depan kedai. Tangkap gambar takut-takut of course. Dari Dataran Merdeka kami berjalan kaki ke Central Market, lalu kat Annexe Nasi Kandar... rasa macam nampak AKAB kat situ. Heh. Teringat pula ada Malaysian Naive Artshow by Gajah-Gajah Gallery.

macam juling

saya suka SALE

jangan garang dengan kucing!

garang bersama kucing takpe. rawr!


Lepas tu.... kitorang pegi tempat lain pulak. Eheh esok je lah cerita.