Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Eight Random Facts/Habits about Yourself

The Rules :
1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules.
At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged, and to read your blog.


Alamak kena tag. Oleh dua orang pula tu, Miss T dan Roe yang comel. Sebenarnya aku seorang yang membosankan jadi besar kemungkinan fakta rawak mengenai diri aku tak menarik langsung, tapi aku cuba lah ya.

#sai. Jika pertama kali bersua atau berkenalan, aku bersikap antara paling banyak cakap atau yang paling kurang bercakap. Coax me with questions. Tapi kadang-kadang aku mungkin malas nak layan atau tengah moody. Not your fault.

#ni. Pagi tadi tiba-tiba aku nampak macam ada kesan gigitan lebam di belakang lutut, sakit sikit bila ditekan. Kena gigit hantu? Patutlah aku terjaga tak boleh tidur jam 4/5 pagi kebelakangan ni. I sleep alone, mind you.

#san. Aku tak minat bab menjadi ketua ni, aku tak ada ciri-ciri kepimpinan langsung. Aku boleh jadi pengikut yang taat setia tapi aku memilih pemimpin yang berkarisma dan boleh membuat keputusan. Lol tetiba.

#yon. Aku tengah frenzy kamera. Dua bulan lepas, frenzy lipbalm. Dah terlampau banyak, aku nak hantar kepada dua penerima bertuah. Tapi aku dapat rasa frenzy film camera ni bukan sementara. Tekad gila ni, nape tak percaya ke?

#go. Teman lelaki aku worship penulis blog Hilang Punca aka pipiyapong. Dia rasa pipiyapong seorang penulis yang brilliant!

#roku. Aku pereka hiasan dalaman yang gagal. Kalau diikutkan perasaan, memang bilik dan mana-mana tempat aku tinggal, jangan harap aku nak hias or jadikan ia 'tempat aku'. Aku suka ianya kelihatan simple. Untouched. Tapi selalunya aku geram tengok gambar-gambar cantik dalam majalah dan online, jadi aku berusaha juga lah. Lagi satu aku tak suka tulis nama sendiri atas barang kepunyaan, 1) tulisan aku tak cantik, 2) tulisan aku tak cantik. Jadi buku, beg sekolah, pen, almari yang pernah aku miliki dari dulu sampai sekarang tak ada sikit pun nama aku.

#nana. Oh ya, aku ada masalah hilang ingatan yang sangat kronik. Bukan doktor bertauliah yang diagnosis aku, aku sendiri yang kata. Aku tiada atau samar-samar ingatan tentang kehidupan masa kecil (sedih tak? gambar masa kecil pun sikit je ada), masa sekolah menengah aku ingat sikit-sikit (mana boleh lupe, fanatik SEMESTI)..Perkara-perkara yang baru aku belajar aku cepat lupa melainkan aku tulis dalam buku. Kalau tulis kat notepad, tak berkesan. Masalahnya tulisan aku tak cantik, buku tulis je cantik. Hohohoho.

#has. Esok genap 11 tahun ayah aku meninggalkan dunia dek penangan barah paru-paru. Ayah aku bukan seorang perokok. Al-Fatihah untuk ayahanda.

Aku sendiri tak pasti siapa yang membaca blog aku, jadi aku akan tag yang berikut:
- ci-are
- cecima cecimi
- dD
- mentallystoned
- fird
- nong
- artgeex
- x