Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

FAKTA RAWAK #1

1) Saya tidak boleh memandu kenderaan selain basikal.

I just don't have the ability. Kerana saya, masih belum belajar memandu kereta. Ya, saya yang berumur 2* tahun ni masih belum belajar memandu kereta samada auto mahupun manual apatah lagi memiliki lesen memandu. I know, big fucking L rite.

Jadi ceritanya saya akan sentiasa menyusahkan orang. Masa kat uni, menyusahkan pemandu bas, menyusahkan kaki sendiri jalan sejam dari fakulti to kolej, menyusahkan duit poket untuk teksi, menyusahkan mata bersengkang nak bangun awal tunggu dan berebut-rebut bas, dan sampai satu masa kawan sekelas dibelikan kereta oleh ayahnya lalu menyusahkan dia pula (terima kasih yus, tanpa kau aku tak mungkin pegi kelas awal huahuahua), dah ada kereta yus senang la sikit nak bergerak ke sana ke sini... dalam lingkungan 20km terhampir.

Bila dah grad, aku dok melepek kat rumah kakak. Tak menyusahkan sape-sape sebab tak perlu. Mungkin agak menyusahkan kakak aku sebab apartment dia comel je dan perlu menampung 4 orang dewasa dan satu bayi masa tu. Bila ada panggilan temuduga, aku cuma menyusahkan lagi kakak aku untuk tambang lrt, komuter dan rapid kl atau teksi. Sampailah aku berjaya merangkul tanggungjawab sebagai Web Designer di sebuah syarikat di Desa Sri Hartamas. Syarikat tersebut dimonopoli oleh kaum C, aku seorang je gadis melayu dan seorang lagi lelaki, jurutera perisian melayu yang aku pernah jumpa sekali je sepanjang bekerja di sana. Jauh siot nak pergi kerja. Oleh kerana ditempatkan berdasarkan projek, aku diletakkan di menara bank yang tinggi kat Pudu tu, tempat Miss T berkerjaya sekarang ;)

Jadi bermulalah episod aku menjadi seorang pereka laman web, dengan berbekalkan komputer riba yang berat nak mampus serta tas tangan, aku pun travel back and forth dari Seri K ke ibu kota Kuala Lumpur. Kadang-kadang menyusahkan kakak aku, hantar sampai lrt terdekat.. kebiasaannya lrt Bandar Tun Razak (tempat pengasuh bayi), atau hantar sampai Masjid Jamek.
Kemudian aku akan menyusahkn kaki dengan berjalan sepantas kilat sambil menyusahkan jari-jemari untuk mencengkam erat tas tangan dan beg komputer riba, takut diragut. Pulang dari kerja, aku pulang sendiri dengan menaiki bas metro #8 di belakang Maidin. Kalau tak silap, tambang RM3 aku dah boleh sampai rumah. Tapi...... perjalanan lebih dari sejam dan kalau beruntung dapatlah aku duduk, jika tidak maka berdirilah aku dihimpit ketiak masam PATI dan segala macam jenis makhluk. Sampai rumah pun dah jam 8 atau 9 malam, aku mampu pengsan aje untuk mengumpul tenaga untuk bekerja esok. Namun, jika kakak aku tak dapat disusahkan a.k.a tak boleh hantar aku, aku terpaksa bangun seawal jam 5 pagi dan menunggu bas Metro #8 atau Rapid KL #134(?) yang lalu dalam gelap. Yang macam bbbbabi nya bas ni semua akan melalui pekan Seri K yang terkenal dengan makhluk-makhluk tak paham bahse yang suka sangat double triple farking tak kira masa serta membina traffic light setiap 10 meter. Macam lahanat! Memang, sepanjang perjalanan selagi tak melepasi pekan tu aku akan menyumpah seranah tak ingat. Kalau aku naik rapid kl (rapid la sangat), aku terpaksa menaiki komuter dan tukar ke lrt di Bandar Tasik Selatan.. Biasalah, pagi-pagi kesemua kenderaan ni penuh dengan orang yang ingat menyembur minyak wangi sebotol. Tension. Nak Pengsan.

Namun aku teruskan jua kerjaya aku sebagai kuli batak syarikat Singapore tu, gaji 1.5k je lepas tolak EPF. Tolak tambang dan makan mahal hari-hari, cukup RM20 perday aku boleh simpan untuk buat belanja beli baju/beg/kasut time jualan mega.

Kemudian dah ditakdirkan, aku diterima kat kilang Jepun yang terletak di tempat pengajian degree aku. Masa mula-mula, memang pening.. tak tahu nak susahkan sapa bab pengangkutan ke pejabat ni. Nak ambil lesen memandu, duit pun tak cukup. Nak mintak bonda, segan la sebab dah kerja. So terpaksa menyusahkan Mr. Danny, dia jugak yang tolong forward resume aku ke sumber manusia. Aku dah mintak permission dari Azie, the love of Mr Danny's life. Takut kena sumpah seranah pulak nanti. Tapi Mr Danny dan jejaka botak goes way back. Style rambut pun hampir sama, eheh :P~

Masa hari pertama, aku pulang berjalan kaki dari kilang sampai ke rumah sewa. Dekat je, tapi banyak roundabout dan golongan PATI ni jadi satu masalah sikit. Kebetulan gadis dept aku nak carik rumah baru, lalu dia pindah ke rumah aku. So aku pun menyusahkan dia dan kereta kancilnya yang comel, sehinggalah jejaka botak berjaya mendapat jawatan di kilang ni. Alhamdulillah, aku tak perlu menyusahkan gadis tu sangat, hanya menyusahkan jejaka yang aku dah kenal 6 tahun lepas. Pergi kerja dengan gadis, pulang boleh dengan motor kapcai jejaka botak. Ya, naik motor. I'm not that hard to pleased ya know. Namun, lama kelamaan naik motor bagaikan beban kepada kami berdua. Hujan tak boleh pulang ke rumah. Nak berjalan ke sana ke mari agak terhad. Rasa dipandang rendah oleh pak gad. Tayar pancit tengah highway. Hujan lebat, lori yang meluncur laju disebelah menghamburkan air lumpur ke penunggang & pembonceng. .... .... Kami mengumpul wang, deposit untuk sebuah kereta.

Bila dah berjaya memiliki WQR cik Honda City, agak lega sedikit. Bonda dan mak+ayah pun senyum je memanjang bila kami pulang ke kampung. Si gadis (housemate) pula bertunang, kebetulan tunangannya berjaya menjawat jawatan dalam kilang ini juga. Oleh kerana tunangan tersebut belum memiliki kereta lagi, maka kunci kereta bertukar tangan. Aku tidak lagi menyusahkan gadis menumpang dia untuk ke tempat kerja. Kerana tunangannya yang ambil dan hantar gadis pergi dan pulang dari kerja.

Aku beruntung, kerana jejaka botak tak pernah merungut bila disusahkan. Dia sentiasa bersedia dan sanggup untuk pergi/pulang dari tempat kerja bersama. Berjumpa lepak dengan kawan-kawanku. Pergi gig yang aku cuma kenal satu dua saja band nya, nasib baik ada Pak Tua yang jejaka botak kenal sejak di uni. Pergi flea market, bundle, bazaar. Semua kehendak ku diturutkan.

Aku beruntung, kerana sekarang aku hanya menyusahkan lelaki yang aku kenal sejak enam tahun lepas. Aku tak perlu menyusahkan orang lain jika aku ada dia.

Tapi ye lah, nanti aku ambil lesen memandu k.

ps: nak kawin la ni, ingat kumpul duit 30ksen tu senang ke?