Fuh *lap peluh*
Terlampau sibuk aku dua tiga hari ni. Sehingga tak sempat nak melepaskan penat lelah sikit pun di meja kerja. Minggu ni aku memang agak sibuk dengan pelbagai event berkaitan kerja. Segalanya mesti dipastikan siap dan teratur rapi, confirm and double confirm. Takut juga seandainya aku membuat kesilapan, brutal padahnya.
Sabtu ni pula hari bekerja sempena menggantikan cuti isnin lepas, kawan sekolah aku bakal bersanding di hari tersebut. Aku mungkin akan mengambil cuti separuh hari untuk menyaksikan gadis itu ditabalkan sebagai isteri orang. Kajang je, dekat sangat. Rugi kalau tak pergi.
Malam semalam aku terjaga dari tidur dek jeritan dan sorakan peminat bola. Terkejut besar aku, sebab secara tiba-tiba sahaja bunyi kuat tu menerpa dari tingkap bilik yang terbuka luas. Aku tengok jam, baru 3:33 pagi. Potong betul! Tengok-tengok aku tak boleh melelapkan mata. 3:50, 4:15, 4:50. Sehinggalah para peminat bola pulang ke rumah masing-masing tatkala permainan tamat, barula keadaan sunyi kembali. Aku tak perlu dengar radio, layari internet atau buka televisyen untuk mengetahui keputusan permainan. Jeritan mereka sudah cukup. Tidur-tidur ayam, aku mimpi yang server aku set-up hari ini ada masalah. Cuak dibuatnya. Mimpi lagi. Aku mimpi aku menulis blog yang menyatakan aku sudah bersedia, sudah bersedia untuk ditunangkan. Mungkin ada benarnya di situ. Hmm...
Macam mana pun, jejaka botak bakal meninggalkan aku ahad ni.. :'(
Terpaksa aku hidup berdikari sorang-sorang. Memang dah tiba masanya aku belajar memandu ni kan?
Le sigh..
where's naz going?
ReplyDeleteuish.
ReplyDelete@shuz: business trip, again.
ReplyDelete@dD: why uish?