Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Panas?

Panas.

Panasnya hari.
Panasnya malam.
Panasnya badan berpeluh-peluh berkejaran mengemas rumah usai majlis kenduri umrah bonda.
Panas lagi bila dikutuk belum mandi sejak pagi hingga dinihari, walhal sudah terceruk di dapur berkain batik (yeah yeah i know) menyiapkan segala urusan yang boleh untuk membantu.
Panas penat menyapu rumah besar bila anak-anak buah yang kecil lagi comel makan tertumpah-tumpah.
Panas.
Panas Panas Panas.
Panas membantu berkemas mana yang patut sebelum melangkah pulang ke ibu kota.
Peluh berdecit-decit mengalir bagai empangan pecah di benak kepala.

Namun, tak sepanas hati ini..
Bila mendengar kata-kata nista itu.
Tak sepanas telinga ini..
Bila ayat itu dihamburkan.

Adalah satu perkara bila kau nak kurang ajar dengan orang yang kau tak kenal! Atau kurang ajar dengan famili kau sendiri! Tapi ianya satu yang amat berbeza tatkala kau melampaui batas dan kurang ajar dengan famili yang diakadkan pada kau!

Kalau ini penangannya atas pertolongan yang diberi, terima kasih aje lah.
Kami tak perlukan cacian dan ludahan dari kau.