Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

renjis rejis dipilis, ditepungi lah tawar!


Majlis perkahwinan Puan Farah Natasha di Desa Jenaris, Kajang.
Puteri ke-3 dalam 14th batch ditabalkan menjadi isteri orang. Tak pula aku sangka aku turut serta dalam konvoi dimana bekas kekasih pun ada sama. Aku menjadi agak awkward. Tambah pula jejaka botak menemani aku, dia pun merasa terasing berada dengan rakan-rakan ada antaranya lebih sepuluh tahun tak berjumpa. Kasihan jejaka botak.

Tapi seronok juga dapat bertemu mereka setelah sekian lama. Ada yang makin berisi, makin kurus, makin tinggi, makin comel. Hahaha macam-macam lah. Cuma terkilan sikit tak sempat bersembang panjang dengan sang pengantin baru. Yang kelakarnya gelagat adik comel pengantin, petah melayan tetamu. Sebiji macam kakaknya! Hahahaha.

Sibuk sungguh minggu lepas. Kerja separuh hari, bergegas ke majlis perkahwinan. Kemudian berkejar ke Midvalley untuk mendapatkan kadar tukaran RM→¥ yang paling menguntungkan(khabarnya). Oleh kerana jejaka botak harus bergegas ke Jepun, tidak sempat untuk menguruskan cash advance dari kompeni. Wang sendiri terpaksa dikeluarkan untuk kos hotel dan makan. Tapi dia dapat tinggal di Tokyo, di hotel yang sangat menarik! Serius aku cemburu! Hmph. Selesai urusan di Midvalley, bergegas pula ke KLCC untuk mendapatkan benda ni di Sony Style. Benda tu cuma dijual di Sony Style KLCC saja? Adoi, tak efisien langsung. Pengguna PSP di luar sana, anda tahu kan mengenai teknologi Skype PSP? Paling berguna jika anda berada di luar negara kerana panggilan telefon adalah 1 sen (atau kurang) per minit. Bloody murah! Cuma perlukan rangkaian internet wayarles (wifi).

Pulang dari KLCC, bergerak ke Seri K untuk melawat bonda di rumah kakak. Bonda belikan jua wangian untuk aku! Mengejutkan! Walaupun tersalah jenama tapi tak mengapalah, it's the thought that counts. Terima kasih bonda :). Sayang bonda! Bergurau senda dengan adam the nephew yang tidak mahu melepaskan pelukan di tengkuk aciknya ni tika mahu pulang. Rindu pula.. Haih~

Memang penat.. tapi tak mengapa. Asal selesai segala urusan.

p/s: Tahniah kepada Khairul Azmi atas konvokesyen hari ini!