Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

hubung-an;

Beratnya rasa jemari dan otak berfikir untuk entry ke 101 ni. Lain macam punya berat tau. Kamu pernah rasa sesuatu? Tatkala berada dalam kelompok manusia yang sama buat beberapa ketika, kamu akan rasa lemas, rimas dan benci? Aku... mungkin antara manusia pelik yang mempunyai trait itu. Dilahirkan menjadi seorang penyendiri. Aku bukan sombong. Aku cuma kurang bercakap. Lebih selesa berada di sebalik skrin dan papan kekunci yang bisu ini untuk berkomunikasi. Sehinggakan bertemu kekasih di mIRC bertahun-tahun dahulu. Kronik kah? Tidaklah, bukankah ia lumrah normal generasi kini?

Yang kasihannya..bagi teman sekeliling yang berada di sampingku. Aku tampil kekok, biasanya kerana aku mencari ide untuk berkata-kata. Jika ditinggalkan berdua, aku tergaru-garu keresahan (tidaklah seteruk yang digambarkan, exaggeration semata). Lebih tenang jika bertiga atau berempat, ada buffer. Heh. Cuma aku paling selesa bila dengan dia. Pandai dia mengambil hati aku..

Jadi sekiranya kamu bertemu dengan aku di pertengahan jalan mahupun tepian, sudi-sudikanlah bertegur sapa kerana aku kadangkala terlalu asik dengan dunia angan-angan aku sendiri ataupun aku dengan malunya mengelak bertemu mata dek kerana khuatir tiada kata yang dapat diluahkan. Orang kata apa, blank sekejap. Aku tak sombong, percayalah. Jika pertolongan yang diminta, aku cuba sebaiknya untuk membantu (jika hal wang, umm itu harus difikirkan dahulu ya). Hehe :P

Kisahnya sekarang, teman serumah bakal meninggalkan aku. Dia akan meneruskan kehidupan ke tapak tangga lagi satu, sebagai seorang isteri. Wow, tak sangka aku. Dah dua dekad lebih hidup rupanya. Ramai rakan-rakan sudah mengikat tali pertunangan, bakal menjadi suami atau isteri orang. Aku? Hep, lambat lagi.. banyak perkara yang perlu diselesaikan. Usah gusar, aku belum lupa, jika tiba harinya pasti diumumkan. Sebelum tu, bulan Oktober ni siapa nak menjadi peneman aku di rumah? Hmmm....

p/s: malam ni aku tengok Hancock. Sila cemburu sekarang.

16 comments:

  1. (Buat buat tak cemburu)

    tulah kan, kadang kadang I pun boleh jadi diam kalau berdua dengan orang tp itupun kalau mood I macam bengong lah. I ni banyak bercakap jadi kalau you berdua dengan I pun tidak mengapa sebab I akan bercakap cakap cakap cakap cakap cakap cakap hehe

    ReplyDelete
  2. i cemburu oke, kat perlis tiada panggung wayang titik.

    ReplyDelete
  3. Hi.. Sorry, I baru baca your message to create a header for my blog. I tak kisah, as long as it fits the blogger standard template - sama mcm you punya ni pun ok :) I hope the offer is still up! You can send it to me at my email address: angelic.sue79@gmail.com
    Thanks!!

    ReplyDelete
  4. Baiklah...sekarang saya faham. Jadi jgn cuba lagi mengelak bertembung mata dgn saya di kilang.
    Atau perlukah saya berpura2 cek kalendar di jaket?

    ReplyDelete
  5. hehe roe u dah tengok ke blom? u memang serious banyak bercakap eh, ok ok tak sabar nak dating ngan you. weee!

    ReplyDelete
  6. cem, i konpius. u dah berenti keje ibm ke?

    ReplyDelete
  7. yoshz, bukan ke saya ni selalu je tersenyum kalau serempak ngan awak. sebab saya rasa crite2 psl awk dari thonk agak klakar. nanti jangan tiba2 cucuk langit lak bila berselisih. roflmao! :P

    ReplyDelete
  8. red-soles, i'll get back to you later aite ;)

    ReplyDelete
  9. yeap, i berenti dah. sekarang tengah mengganggur, next week baru crk kerja lain.

    ReplyDelete
  10. @cempaka, ooh camtu. kerja di perlis?

    ReplyDelete
  11. Ami,
    I tak dapat lagi tengok Hancock
    Damn it
    Sedih betul

    Best tak?
    hehe

    ReplyDelete
  12. i tengah jadi nanny kat rumah. next week baru balik kl dan crk kerja.

    wish me luck.

    ReplyDelete
  13. @ferdows, bagi i best jugak. next after wanted. pergilah tengok kat gsc mahkota XD

    ReplyDelete
  14. @cempaka, oh macam tu.. good luck sayang! cari kat jobstreet dulu sementara ni :)

    ReplyDelete

Thank you for taking your time to leave your comment here, but do remember your comment reflects your personality. Be nice to one another :)