Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

entri bergambar

Kenduri perkahwinan sepupu sang kekasih keluarga sebelah bondanya, Sabak Bernam perkampuangan Jawa. Ramai yang amat hadirinnya, khabarnya kerbau/lembu ditumbangkan. Yang pastinya hidangan ala Jawa; gulai umbut masak lemak, serunding daging, gulai kurma daging, ayam goreng amat menyelerakan. Ehem telan air liur k menaip ni. Sedap, dan seronok melihat bonda kekasih gembira berjumpa keluarganya. Walau rasa agak kekok kerana bukan sebahagian dari famili tapi tak mengapalah I'm cool :PYang ini pula, Sang Puaka aka Fazlee Shah yang telah selamat bernikah dengan pasangan kekasih Intan di Tanjung Ipoh, N9. Aku terpaksa hadir kenduri di sebelah perempuannya kerana hujung minggu ini aku mempunyai urusan lain yang tak dapat dielakkan. Yang ini pun, hidangan masakan N9. Fuh, kecur air liur lagi. Hep, pantang sebut pasal makanan. Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin ni. Hmm, cuma pelik kenapa ada patung yang memakai baju pengantin di kedua-dua belah pelamin dalam rumah tu ye? Memang kebiasaan orang N9 kah?
Selamat pergi shades putih inspirasi Juno McGuff ku.. Nanti makcik Shuz jaga awak baik-baik okay. Oh ya, itu kardigan ceri yang ditunggu-tunggu minggu lepas. Hehe :P

8 comments:

  1. yang mcm sangkar burung itu hantaran ke?

    ReplyDelete
  2. yep, i ada a better picture of those hantaran tapi blogger tengah gila tak boleh upload.

    kreatif gak kan?

    ReplyDelete
  3. comel gila gambar you!!!!

    ReplyDelete
  4. Sangkar burung tu paling tak tahan..kreatif jugak.
    Tapi bagi saya itu metafora kurang baik. bagi saya la..

    ReplyDelete
  5. yosh, aah mungkin jugak kot, macam.. i dah perangkap u, go nowhere nao (cat-talk and all) haha.. tapi memang lain dari yang lain.

    applause for creativity!

    ReplyDelete
  6. nak kawin nak kawin!
    ehehehehehehe.

    ReplyDelete

Thank you for taking your time to leave your comment here, but do remember your comment reflects your personality. Be nice to one another :)