Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

33 Proved Guilty

Argh bersalah!!

Aku rasa bersalah. Berat dada ni menahan beban. (wei bukan beban tu, itu tak pernah jadi beban aku you pervert!).

Semalam aku seperti biasa sebagai penghuni utama rumah sewa aka apartment tingkat 3 (cewah) tu menyemak kotak pos sekiranya bil-bil air dan api dah sampai.

Bil air.. oh biasa la nih. Eh, RM58??!!
Seumur hidup aku di apartment 3 bilik + 2 bilik air yang cuma 2 bilik + 1 bilik air je digunakan tu tak pernah pula bil air mencapai tahap tu. Selalunya cuma belas-belasan atau paling tinggi pun dua puluh saja. Jumlahkan bil air dengan bil api pun tak sampai macam tu sekali!

Logikanya, aku tinggal bersama seorang lagi gadis. Berdua je. Masak? Gadis berkerjaya seperti kami ni mana lah ada masa nak memasak. Masak air ada lah! Itu pun tak perlu bergelen-gelen untuk tahan beberapa bulan. Mandi? Aku bangun pagi pun pukul selewat 7pagi, habis mandi 15 minit je sudah. Gadis tu 15 minit kemudian pun sudah selesai shower. Mandi malam tu usah cakap la, kadang-kala pulang lewat badan penat usai mencuci mekap di wajah saja aku dah pengsan di kamar tidur.

Ni mesti pasal air misteri yang mengalir-ngalir keluar dari lubang paip dinding bilik air tu. Tak guna.

Seperti yang kujangka, gadis tu pun merayu aku menghubungi tuan rumah. Dah banyak kali dah dia suruh, tapi aku buat dek je. Ah shit la, aku malas sebenarnya berurusan dengan kakak tu. Tapi.... dah memang pekerjaan aku sebagai penghuni utama.

Jadi aku pun mengutarakan masalah kemungkinan paip air bocor di rumah kami kepada kakak tersebut melalui sms. Kemudian aku terus menyimpan telefon dalam laci. Konon takut la. Kakak tu pun membalas sepantas kilat, ewah cam tau-tau saja aku takut. Kakak tu mengeluh dan mengkhabarkan keadaan dirinya yang sedang sarat membawa sekarang, mungkin esok saja dia uruskan. Aku pun gembira dan membalas maaf dan terima kasih kepadanya.

*simpan dalam laci cepat-cepat*

*bunyi sms masuk*

Alamak, apa lagi la ni? "Tunggakan tu boleh bayar tak... blablablablabla"

Isk, dah agak dah. Aku baru teringat sebab kenapa aku mengelak dari bertembung atau menghubungi kakak ni. Deposit bilik sewa RM200 belum berbayar. Sedar tak sedar dah setahun aku berjaya menangguhkan pembayaran. Rasa bangga pun ada, kasihan pun ada. Tapi aku pun sedang sengkek gila babi sekarang jadi aku cuma memohon ampun saja pada kakak tu dan aku janji(palsu) akan membayar extra bulan hadapan.

*tit tit*

Ya! ampun apa lagi! Kakak tu merayu, katanya perlukan wang standby untuk bersalin. Dia dah dahulukan wang dia kepada bos untuk deposit aku. Bos tak tahu ada tunggakan. Alaaaaaaaa...

*garu kepala*

BERSALAH BERSALAH!

5 comments:

  1. bagaimana kehidupan masa uang belum dicipta? masa itu hidup tak beruang masih aman.

    ReplyDelete
  2. aah tu la psl tok. camane nih, nak bagi i $200 tak?

    ReplyDelete
  3. lolz, u simpan 20sen tu darab 1000 :D then bagi i hihi

    ReplyDelete
  4. air bocor tu kena setel cepat, memang pemakan air benda yang bocor itu

    tapi kan, macam fun je hidup ko kena pikir bayar sewa api air semua. aku? cuma mampu bercakap dengan headphone LOL

    ReplyDelete

Thank you for taking your time to leave your comment here, but do remember your comment reflects your personality. Be nice to one another :)