Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

14 Crash & Burn

Kelmarin malam aku mimpi lagi, mimpi orang yang sama dengan semalam.

Mimpikan orang yang pernah berjanji sehidup semati dengan aku masa hingusan dulu. Mimpikan si dia yang melakar hebat rumah impian kami, di kelas Lukisan Kejuruteraannya. Mamat pendek skinhead, the rebellious one. Ada apa aku dengan mereka yang botak? Entah, aku mudah tertarik agaknya. Kawan aku, si perempuan mata sepet, FreeWinkle^^ pernah cakap aku cepat cair. Masa tu baru umur 15 tahun. Ceh, how dare you.

Berbalik pada mimpi tu, aku mimpikan zaman sekolah. Berbaju kurung, kain biru pekat dan si dia berkemeja putih berseluar hijau. Kami semua tengah menunggu giliran untuk sesuatu. Untuk diterangkan cara-cara bermain permainan baru yang ada. Aku berdebar-debar melihat dia. Kami semua beratur sambil bersandar di dinding, anxious menanti giliran. Semua permainan tu sangat best, seperti di Fun Fair tu! Aku lihat dia menjeling-jeling. Macam tersenyum, macam tidak. Gusar jadinya. Betul ke dia senyum kat aku?! Ada sebabnya aku nervous bagai nak rak. Aku yang putuskan hubungan ni.....

Tiba-tiba bila mimpi menghampiri ending, (ya know how ya'll can sense that it's almost morning and it's time to wake up though ur still deep in sleep?).. dia datang menegur, bertanya khabar, tersengih-sengih malu-malu. Aku menghela nafas lega kerana aku sememangnya menanti dia yang bertanya. Dia ajak aku tenet. Wohoo, kata aku dalam hati. Blushing pipi! Gembiranya tak terkata, tak sangka aku dapat naik lagi motor TZM merah putih tu. Aku terasa semuanya bagai berlaku dalam realiti, bukan mimpi!

Sehinggalah dikejutkan alarm 645am. Aku terpempan sekejap. Tak sangka semuanya hanya mainan perasaan. Kecewa. Rupanya dia masih tak tahu, aku merasa bersalah? Rupanya dia masih berdendam? Rupanya, aku masih belum pohon kemaafan pun.

Shit. Dan ini bukan kali pertama mimpi ni berlaku. Lagi dan lagi dan lagi. Why is it so hard to say I'm sorry?

p/s: sssh... bagi yang tahu siapa yang dimaksudkan simpan rahsia ini.

No comments:

Post a Comment

Thank you for taking your time to leave your comment here, but do remember your comment reflects your personality. Be nice to one another :)