Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

19 Cold Cash

Sejuknya hari ini..

Baju sweater hitam yang mr driver belikan kat Spain tak cukup nak menjadi penebat haba. Aku dah pun diserang selesema. Srrttt.. Srrttt.. Urgh menci. Kalau nak ikutkan sememangnya setiap hari musim sejuk di opis, terutama sekali sebab kedudukan meja aku membelakangi pintu bilik server, yang bersuhu 13°c sekarang. Brrr.... Tapi keadaan sejuk diburukkan lagi dengan cuaca cerah di waktu pagi, hujan lebat di waktu petang. Setiap hari perlu pakai lengan panjang, dua lapis atau sweater and pants. Tak boleh dan jangan harap nak pakai skirt atau leggings, gerenti demam. Mana aku tau? Dah pernah try dah...

Seperti biasa jam 12 aku ke kantin depan, teng teng teng kakak jual gelang hari tu ada... Macam yang korang dapat teka, RM10 aku tergadai. Isk gatal je tangan nak membeli. Putri pun siap terpengaruh beli 2 gelang dan tak dapat dibendung lagi borong brooches. The housemate pun sama, borong 2 pasang brooches. Katanya nak bagi auntie dan kawan.... yeke? Macam talak pecaya woo.. Hahahaha. Isk isk isk, aku geleng kepala je.

Baru 3hb, gaji aku dah tinggal ratus2 je. Sedih, konpius, musykil, takut dan cemas. Aaaaaaaaaak.... tension! Kan bagus tiba-tiba aku menang loteri.. ..

p/s: tolong visit minicity saya...