Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

36 Bagam Lalam





Ok, aku tarik kembali kata-kata aku di sebahagian Cinta Bercabang Lapan. Aku pulang kekenyangan semalam, walau tak sekenyang selepas RM35 Buffet di Bangi Golf Resort. Terus masuk bilik dan tidur dengan baju yang ku pakai ke pejabat. Pukul 2 pagi baru aku sedar aku masih berskinny jeans, tube top dan baju tunic berlubang-lubang. Cuci muka, tanggal jeans dan tidur kembali.

Sajian di tempat tu agak baik dan berada dalam kemampuan aku. Aku sangkakan mahal gila memandangkan ianya makanan laut. Lagipun, gadis tu dah hulurkan kad plastiknya dahulu tika membayar bil, mereka kata tuan yang mengajak tu pun akan hulurkan sikit subsidi.

Edit:
Memang mahal juga!! Aku silap pandang bil semalam, ku sangkakan RM120++ rupanya dua kali ganda. Di saat-saat genting ni, 40 sen pun ceq berkira hang tau dak. Hmphhh.... Tak mengapalah, masing-masing perut kenyang :(

Makanan yg dihidangkan:-
1. Sirap limau
2. Nasi putih
3. Kangkung belacan
4. Kalian ikan masin
5. Tomyam campur
6. Pari bakar
7. Udang goreng tepung
8. Ketam goreng cili
9. Jenahak 3 rasa
10. Siakap masam manis
11. Sotong goreng tepung

Total -> RM235.80
Govt tax 5% ->RM11.79

Big total -> RM 247.54 / 6 -> ~ RM 41.30 (seorang)
Melihatkan gambar di atas, kami sudah pasti perut siapa paling maju kehadapan.
Mwahahaha.