Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Wedding PHOTOGRAPHER pt II

Received through email from colleague;


Petikan dari photographer Faisal Rahim.

Aku harap tips ni membantu serba sedikit kepada pasangan yang mencari photographer kahwin mereka.

Konsep - Mula-mula sekali, duduk bincang dengan tunang. Cuba cari photographer yang sesuai dengan konsep wedding korang. Sebab setiap photographer mempunya style berbeza. Photojournalism ke, formal ke, klasik ke dsb. Takkan korang nak suruh photographer yang karekternya cool/alim2 tapi korang nak buat beach wedding pakai bikini loncat2 atau buat wedding dalam air? Mau demam seminggu photographer tu.

Recommendation - Oleh kerana majlis perkahwinan ni merupakan pengalaman paling berharga dalam hidup, seharusnya kita kena percaya hasil kerja orang yang terlibat dalam majlis kita. Jadi, adalah lebih baik kalau photographer yang dipilih tu daripada recommendation dari kawan2 atau saudara mara yang pernah bekerja dengan mereka. Jadi kita boleh agak camne nanti kalau dia jadi photographer kita. Kita juga boleh nilai sendiri hasil kerja sebenar mereka. Bukan setakat tengok sample album photographer yang biasanya hanya compile gambar2 terbaik mereka yang kekadang ada yang amik gambar orang lain punya (kisah benar),hua hua..

Budget - Wedding photographer ni bukan dinilai dengan harga album. Tapi dinilai dengan kemahiran ataupun pengalaman mereka. Sebab tu kalau nak pilih wedding photographer pastikan mereka dalam budget korang. Kalau tengok harganya lebih mahal, cuba tengok berbaloi ke tak pilih dengan perbezaan harga tersebut. Part-time photographer harganya lebih murah tapi ada risiko macam2. Full-time photographer biasanya harga lebih tinggi tapi mereka professional dalam kerja mereka. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Yang penting pastikan mereka ada kamera sendiri, bukan pinjam sedara dia atau girlfriend dia punya, whoahaha.

Personaliti - Benda ni bagi aku sangat penting. Takkan korang nak kerja dengan photographer muka macam Hitler yang masam dan garang mcm nak gigit orang. Pastu pendiam dan tak mesra alam. Itik serama nak kena sembelih pun lagi mesra dari diaorang. Sebaiknya kenal dan berjumpa bertentang mata (tapi jangan terpikat-bahaya. Tapi ramai photographer hensem dah kahwin, wakakaka). Sebenarnya kita boleh tahu dia tu sesuai bekerja dengan kita atau tak. Orang jawe panggil ‘ada chemistry‘.

Deposit & Payment - Tang ni memang kena jelas sejelasnya. Kalau boleh tanya byk2 kat photographer korang. Camne dengan deposit kalau cancel majlis? Kalau majlis lebih sejam cas tak? bila kena bayar? malam ni nak masak apa? dsb. Jangan ambil mudah. Ia bagi mengelakkan kita di cas lebih sebab kita pandang ringan hal ini. Pastu melenting dan buat page ‘Hate Fan‘ kat Facebook, kekeke..

Tempahan - Photographer yang bagus biasanya sibuk. Jadualnya sentiasa penuh dan ada sebab mereka begitu. Kalau mmg dari kecik dah tengok hasil kerjanya dan dah besar mampu plak nak bayar (dalam budget) cepat2 tempah. Tapi janganlah 17 tahun lagi nak kahwin dah tempah. Entah2 photographer tu dah arwah. Sebab sehari bertangguh ada kemungkinan tarikh tu diambil orang lain. Lagipun bukan korang berdua je nak kahwin, orang lainpun nak kahwin gak, hehehe.

Lain-lain - Perkara lain ni kekadang perlu diambil kira. Antaranya adakah photographer tu ada pembantu semasa majlis, ada tak back-up equipment, camne dia pakai masa majlis nanti (korang boleh lempang dia kalau datang pakai seluar pendek time shoot nikah) dan perkara2 lain yang berkaitan. Apa yang penting photographer tu mmg wujud dan bukanlah photographer professional negara Pandora dalam cerita Avatar tu, hoho.

Kesimpulannya senaraikan beberapa photographer pilihan. Jumpa mereka dan lihat hasil kerja mereka. Kenal karekter mereka. 80% pelanggan aku datang dari bersemuka seperti ini. Mungkin sebab aku sangat comel, baik hati dan berhemah tinggi, wakakaka *perasan. Survey harga mereka dan pekej yang ditawarkan. Oh ya, photographer biasanya kurang entertain pertanyaan yang tidak serius terutamanya melalui mail.

Seeloknya pertanyaan tu disertakan dengan tarikh, lokasi, jenis album dll. Ini bertujuan nak jaga market dan pastikan hanya orang yang benar2 nak kahwin yang tanya. Bukan kanak2 bawah umur (boleh kena penjara ni) ataupun pesaing2 yang ada niat tak baik dengan mereka :) Ia juga bertujuan supaya mereka masih available pada tarikh yang ditanya tersebut.

Perlu diingat photographer juga manusia. Bukan robot, mereka juga ada perasaan. Ada masanya buat kesilapan. Itulah perlunya berbincang supaya benda camtu dapat diminimumkan pada hari bersejarah korang semua. Akhir sekali, tepuk dada, tanya pada diri sendiri sakit ke tak? hahahaha *takde kaitan, sekian. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.