Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

02

Semalam aku membeli lagi sebuah buku.. apa lagi, The Picture of Dorian Gray tulisan si Oscar Wilde. Ni semua kerana pengaruh AKAB, aku pernah membaca kutukan lelaki tu terhadap sesiapa yang belum menjamah tulisan Wilde. Kebetulan aku terjumpa buku tu di Borders, bila aku buat gelintaran menggunakan komputer di tiang rupanya ada banyak versi dan ada lagi yang lebih murah. Aku memilih yang separa murah;separa mahal sebab aku tak suke kehijauan penguin classics rm8.50 tu. Walaupun buku yang aku pilih macam buku teks literature pelajar kursus TESL. Ah biar lah..

Hari sabtu lepas aku baru selesai membaca Sputnik Sweetheart, benci aku dibuatnya. Penulisan misteri bermotifkan godaan lesbian yang penghujungnya aku tak suka. Penghujung yang tak mempunyai makna bagi aku, kenapa dia boleh hilang?? Bagaimana Sumire boleh kembali?? Semua persoalan tu tak terjawab langsung.. satu ending yang mati begitu saja. Sial lu Murakami!

Pfftt... aku lapar, aku crave sesuatu yang manis. John, Jco Donuts pls.. pegi la belikan