Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

07 Animal Instinct

cantik tak??
Semalam ada jualan aksesori seperti kerongsang, gelang, rantai, brooch dan seumpamanya di ruang legar sebelah Kantin A. Selalunya tiap-tiap hari memang ada cuma hari-hari lain orang, kadang-kadang baju kanak-kanak, koleksi tudung, buku cerita kanak-kanak, fake guess and chanel.... Ala macam mini Petaling Street, cuma satu hari ada 2 booth je la. Kat opis ni, ada 3 kali rehat dalam sehari.. Selalunya aku makan time rehat pukul 10am dan 3pm. Rehat pukul 12pm aku habiskan masa dengan menyibuk di sebelah Kantin A untuk menikmati sinaran matahari. Duduk dalam opis 24/7 tak larat weh, sejuk gila! So, aku and Putri Bionic pun menuju ke depan seperti biasa. Cadangnya nak membelek katalog Cosway kakak technician opis sebelah je, sambil makan-makan buah. Aku jarang nak ambil pusing pasal jualan yang ada, tapi biasalah perempuan, window shopping pun best. Cuci mata la katakan!

Lepas aku dah membelek-belek katalog tu, macam tertarik lak nak tengok jualan. Teng teng teng, mata aku dah nampak sesuatu yang menarik! Woo, nice gak bangle ni. Jadi aku pun membeli satu yang macam gambar second tu (warna lain sikit). RM10!! Yessss........ Aku sebenarnya seorang yang jarang membeli aksesori sebab aku tak pandai pilih dan aku selalu kelihatan cluttered if i wear too much. Jadi koleksi aksesori aku sangatlah limited. Contohnya masa aku teman budak uitm ke Diva Sunway Piramid. Aku pilih a flower earring (so hawaii like) and end up not wearing it anywhere coz it looked weird on me, plus kena kutuk the first 5 minutes i wore it. Hmmph.

Gembira gila aku dapat membeli gelang tu. Putri Bionic pun turut terpengaruh dengan aura keseronokan aku lalu membeli a diamond-like bangle for herself. Sesuai la dengan jiwa seorang ibu yang bergaya. Haha. Yang sebenarnya aku nak membeli satu lagi, tapi aku tak membawa wang, itupun aku pinjam duit Putri. Rehat habis aku pun balik, tapi hati masih teruja dengan bangle lagi satu ala-ala zebra tu. Hish geram.

Hihi...... kemudian aku senyap-senyap pergi tempat jualan membeli bangle yang kedua. RM15. Hmmm.. okla, if aku beli dua-dua dalam satu masa sure boleh bargain. Tapi kakak tu tak bagi, itu je lowest price. Ah tak kisah lah! Ihihihihi, seronok nya!