Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

05 Prolific Rant

Bingit telinga bila dengar bisik-bisik umpatan politik di belakang aku. Sememangnya mereka berbisik, kadang-kadang hal kerja yang tak sudah, kadang-kadang isu mahu berhenti kerja(sedangkan mereka ni sudah lebih 10 tahun di kompeni ini, tiap kali musim appraisal ayat mahu berhenti selalu kedengaran)... Tapi kebelakangan ni, isu yang timbul di harakah/utusan/malaysian today selalu diutarakan, terutama sekali bab-bab pemimpin dan cara mereka tidur di khalayak ramai. Aku tak pernah setuju mahu pun aku menyumbangkan sebarang input dalam perbincangan mereka. Mengangguk pun tidak, menggeleng pun tidak. Aku cuma diam. Kadang-kadang kata-kata orang tua elok didengar saja, bertekak pun tak kemana sedangkan yang tidur di sana tu akan tetap tidur sekali pun dah dikejutkan beberapa kali.

Apa yang ingin aku katakan dah pun diperkatakan oleh semua orang. Hati anak mana yang tak meruntun bila bapa yang diharapkan untuk membangunkan rumah ni boleh bersikap acuh tak acuh lagi buta dan pekak tatkala semua menjerit pekik membogelkan kesalahannya. Damn babah, i hate you! Aku dah pun tunaikan tanggungjawab aku sebagai pengundi walaupun parti yang ku undi kalah tipis namun terserahlah, aku harap kau yang menang tu sedar. Pekan Parit pun teringin nak membangun seperti Paris ya know (nama nak dekat dah). Tidaklah aku kerisauan bila pulang ke kampung dan rumah dipecah oleh penagih dadah tegar. Aku cuma bimbangkan keselamatan bonda. Bila CSI Parit datang, apa saja lah yang boleh dilakukan? Aku lihat mereka gelak ketawa saja. Bodoh. Benci aku melihatnya.

Huh benci benci! Dahla, nak jual beli kawan-kawan kat facebook pula.

No comments:

Post a Comment

Thank you for taking your time to leave your comment here, but do remember your comment reflects your personality. Be nice to one another :)