Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

04 Bionic Team

Harini kat opis, pagi-pagi lagi makcik cleaner aka Putri Cahaya dah mintak mp3 dari aku. Dia dah mintak dari semalam lagi, tapi aku buat dunno je sebab aku malas nak cari kat internet, dia mintak lagu Fergie feat. Sean Kingston - Big Girls Don't Cry. Macam-macam betul makcik anak dua nih. Aku pun layaaan.

Kat opis, kami menggunakan aplikasi borgchat(google it) untuk berkomunikasi. Kalau korang nak tau, sebenarnya opis aku kecik sangat, muat untuk lima orang je.. tapi selalu je orang lain datang melepak sebab sangatlah privacy and sesuai untuk buat mesyuarat tingkap. Kitorang menggunakan nickname supaya seandainya borgchat jatuh ke tangan orang yang tak dikehendaki aka boss2 yang tak best takdela kantoi sangat. Kitorang distribute kat geng2 yang sekepala je. Nick aku dalam tu BionicGirl. Takde kaitan langsung dengan siri Bionic Woman kat US tu. Dulu PutriBionic(nama sebenar makcik cleaner) telah menggunakan nick Bionic Woman masa mula2 borg.. so orang lain pun mengikut pengaruh dan kata2 orang tua sorang ni. Dia la yang paling tua walaupun dia muka muda gila so dia selalu lepak ngan aku and housemate aku je. Makcik2 lain semua dia bo-layan. Pilih kasih doh. Aku suka kawan gak ngan makcik sorang ni. Cuma kadang-kadang perangai dia lagi budak-budak dari budak. Geram!

Lagi satu aku tak puas hati, ada ke patut nama aku elok-elok _ _lm_, diorang panggil Samli??

Kisah disebalik nama tu..? Panjang ceritanya... Nantilah satu hari nanti, sekarang diorang dah singkatkan jadi Sam.. Ok la sikit dari Samli. Kan?

p/s: jangan bagitau bos aku.

4 comments:

  1. hehe kompeni je besau, division aku kecik ja.. opis yg muat2 untuk team of 5.

    ok.. thx my twin! aku bookmark blog ko jugak :D

    ReplyDelete
  2. alah opis dia dekat jer dgn umah dia.
    tak aci :P

    ReplyDelete
  3. dear sputnik, i've linked u into mine!

    xoxo

    ReplyDelete
  4. m.a: jangan jeles, i pernah jalan kaki tau pegi opis.. masa first day je lah. pastu haram! haha

    chibbby: i dah lama bookmark u ;)

    ReplyDelete

Thank you for taking your time to leave your comment here, but do remember your comment reflects your personality. Be nice to one another :)