Bila dah terlalu gembira, mula lah ada perkara yang menyakitkan jiwa;
-baju Lullaby tertinggal di rumah rahsia.
Kasihan dia memandu keluar dari rumah semata mahu bertemu aku. Haih. Aku pun selalu gelojoh, mengatur pertemuan sebelum memeriksa hasil basuhan dobi baju vintaj minggu ni. Bila dah berjumpa, mula tergopoh-gapah memohon maaf. Harap Cik Lullaby tidak membenci kami kerana ini. Teruskan la menjadi pelanggan setia okay :>
Selepas bertemu Jackie, baru aku mendapat tahu bahawa blog mandom ini ada pembacanya selain dari rakan-rakan rapat. Hah, buat malu je sebab senantiasanya aku merepek perihal entah apa-apa. Dan aku juga mendapat tahu daripada Jackie bahawa nama aku atau profil aku di Facebook tidak boleh dijumpai. Malahan di kumpulan Facebook The Shoplifters pun nama aku dihitamkan. Wah! Kagum juga dengan kehebatan Facebook memprivasikan profil. Jadi nah, harini aku tidak memprivasikan carian profil aku. Bagi rakan yang mahu menambah aku sebagai contact sila lah mencari Ami Schaheera atau tambah saja dari profil kumpulan The Shoplifters. Sebenarnya tidak ada apa-apa yang menarik pun di situ, cuma sebenarnya aku lebih suka mengekalkan rakan dikenali sahaja di rangkaian itu. Tapi, aku suka juga menambah kenalan. Kenal yuk? (Bagi famili atau saudara terdekat, tolong berhenti mengintai blog ini atau profil aku dimana-mana rangkaian perkawanan. Intai dan bisik di rumah saja boleh?). Aku akan kembali memprivasikan profil facebook di hujung hari ini.
Nak tahu satu perkara? Aku masih belum membeli baju kurung/kebaya untuk Aidilfitri. Aku membeli satu dres vintaj dari 6Ts semasa di Bijou Bazaar minggu lepas, ala Saloma kata kekasihku, blaus merah jambu yang seakan baju kurung moden dari Mimpi Kita yang aku akan padankan dengan kain turquoise berbunga fuschia zaman 70-an milik bonda. Pagi tadi teringat pula aku ada membeli dua kain pelikat Sarawak yang berbenang kilat semasa trip aku ke Sarawak Jun lepas. Agak menarik coraknya, sesuai pula dengan Baju Saloma dan Baju Merah Jambu yang aku beli di Bijou. Harga kedua-duanya baju tu cuma RM35. Kain pelikat pula aku tak ingat tapi bawah RM50 pastinya. Sangatlah berjimat raya aku kali ini berbanding tahun lepas. Tahun lepas hampir setiap minggu Ramadhan membeli baju kurung dan sehari sebelum raya aku membeli kebaya siap. Haih, tak dapat dibendung. Kasut raya tahun ini juga tak perlu nampaknya kerana masih ada kasut tinggi seksi pemberian kekasih. Jimat jimat.
Tapi tadi, aku membuat pembelian pertama untuk Aidilfitri. Tudung bermanik, untuk bonda :)
Hehe korang dah beli baju/kasut/tas tangan untuk Raya?
Alamak, duit masih belum ditukar lagi! Anak buahku yang sepuluh tu, bagi baju vintaj je okay tak?
tauke!
ReplyDeletesaya mau duit raya.
buleh ke takpe?
haha
luit laye woo? lu anak buah saya ka?
ReplyDeletebuleh ke takpe?
takpelah............
hahahahhaah