Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Ritual Bulan Puasa

Haa, harini dah masuk hari ke-5 yea?

Amacam dengan ritual hari puasa korang? Bersahur tak? Ber-bazaar ramadhan tak?
Aku setakat ni tak jejak lagi Bazaar Ramadhan.

1st day bukak puasa, William's Beef Platter (ok kenyang gila walaupun aku cuma tidur 3 jam je malam sebelumnya and bangun pagi terus pergi kerja walaupun hakikatnya it was a public holiday)
2nd day bukak puasa, Fariz Maju Nasi Beriani. (rip-off sebab terambik hati ayam seketul je lepas amik ayam goreng mamak, terus naik jadi RM6 sebab kononnya dua jenis lauk. Watakwan?)
3rd day bukak puasa, Hassan's Cafe Beehoon Tomyam (black-list sebab mahal)
4th day bukak puasa iaitu semalam, kembali ke Fariz Maju & kali ni dah pandai sikit amik Nasi Beriani cuma satu jenis lauk satu jenis sayur. Ok harga standard RM5.50. Silap terambik lauk daging masak kicap yang pedas dan kurang daging, terlebih ambik bawang je? Chait).

5th day? Itu harini lah kan, tapi aku pun tak tau nak makan apa. Kerja menimbun di rumah menanti. Baju sendiri pun belum sempat didobikan lagi. Cadar katil pun perlukan perhatian untuk ditukar. Almari Andy perlu dikosongkan. Baju vintage menanti digosok dengan kemas. Dengan kuantiti melebihi 50 helai aku mampu pengsan terus tak bangun-bangun lagi. Memang tak semua perlu digosok sebab ada yang sudah memang sedia ada elok aje. Tapi, still..

Nasib baik kekasih merelakan diri untuk membantu menggosok separuh jumlah baju vintage, sangatlah baik hati.

Nak buat semua tu, and setiap pagi still kena bangun untuk sahur jam 430pagi. Memang macam haraam la muka aku dengan setakat basuh muka berus gigi and sarung sweater over tshirt tidur. Ah tak kuasa nak melawa pagi2 buta.

Pulang sahur, kadang2 aku membaca majalah untuk mendapat idea & inspirasi. Kadang2 aku buat photoshoot mana2 baaju yang aku rasa kurang perfek fotonya. Kadang2 aku edit gambar untuk entry keesokan harinya di Shoplifters. Kadang2 aku tidur.

Sehinggalah jam 645pagi, bunyi alarm.
Snooze.
Jam 653pagi, bunyi lagi sekali.
Tutup.
Mesej kekasih untuk bangun.
Subuh.
Masak air panas (ritual baru sejak hari sentiasa winter ni).
Mandi.
Siap2 untuk pergi bekerja.

Di pejabat.. hmm aanda semua pun tahu kan?

Ok soalan:
  1. Korang bangun sahur? Jika ya, jam berapa?
  2. Sahur rasa2nya paling berselera makan ape?
  3. Bukak puasa.. bazaar ramadhan food ape yang paling sedap ye?
Oh ya, hari Sabtu ni aku bekerja. Macam .........