Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

SKINHEAD- NOT!


Hmm agak kelakar, pada satu hari aku menerima invite di Flickr aku untuk join Modepass. Ape tu pun aku tak tahu. Dah la Flickr account yang satu tu memang tak banyak langsung gambar. Sangat sikit and sangatlah tak menarik. Jadi aku pun buatlah account Modepass ni sebab dia kata by invitation only. Yelah, aku pun nak tahu apa yang best sangatnya. Aku buat profile aku sama macam template blog aku time tu. Upload gambar aku sikit2 pastu dah. Sebulan sekali, modepass akan hantar update kepada aku. Biasanya ada member yang ingin add to contact. Kali ni aku menerima mesej di inbox Modepass. Oh rupanya gambar aku dimasukkan ke dalam Flair Magazine mereka yang in beta stage anyway. Ceh, gambar aku paling tak best sekali. Bwek. Tapi aku rindu ke-konsistensi-an(wujud ke perkataan ni?) rambut aku selepas baru dipotong tu. Kalau korang perasan, which is memang lah tak sebab aku tak update blog atau bagitahu sesiapa-- aku potong rambut lagi. Kali ni aku samakan length rambut aku. Pergi salon haritu, stylist tu hampir nak menjerit tengok kulit kepala aku kemerah-merahan dan patches botak sana sini. Dia cadangkan scalp treatment tapi aku selalunya menolak, cumanya reaksi dia lepas tengok kulit kepala aku tu membuatkan aku terkejut. Teruk sangat ke?? Lalu aku pun bersetuju.

Lagipun, aku baru dapat upah jadi penyangak time tu. Heh, buat je lah! Pherry geleng kepala. Tapi bila stylist tu tunjuk kondisi kulit kepala aku kat dia baru dia macam bersetuju tak semena-mena. Lepas buat scalp treatment, memang kepala aku sakit gila. Pedih-pedih je rasa. Stylist tu suruh aku tukar cadar, sarung bantal, tukar semua sikat atau rendam dalam air panas, cuci rambut guna air sejuk jangan air suam and jangan pakai wax kecuali di hujung rambut. Aku angguk2 pun dah macam burung belatuk. Lepas tu, aku disarankan membeli syampu Kerastese Bain Prevention. Apa-apa jelah yang penting rambut aku sihat ok.

Setakat ni semakin berkurangan lah rambut yang berguguran, kot. Cubalah kamu bayangkan aku modelkan baju-baju penyangak dengan berkepala botak. Agak-agak menarik tak?

- Mungkin menarik jika, pembelinya botak juga?

//
Urgh hujung minggu ni aku sibuk
Sila datang bagi sokongan tau tau!