Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Terbuka; Membuka; Dibuka

Maaf aku private kan blog, takde sape pun yang dapat privilage membacanya lagipun aku bukannya update pun. Aku cuma paranoia sekejap atas sebab-sebab peribadi, shush jangan sangka yang bukan-bukan!

Malangnya aku terlalu rindu nak menulis semula, haktuih! Menulis lah sangat, lebih kepada merepek ala cerpen gila-gila remaja dan pos gambar-gambar editorial yang aku suka sebenarnya. Aku ada di tumblr, tapi aku tak pandai guna lagipun ia tak membenarkan pengeposan gambar melampau (kuantiti ok) jadi aku buntu. Takkan nak buat kolaj macam kat Shoplifters, ah bosan lah aku!

Dua-tiga minggu lepas, aku belajar sesuatu yang baru. Selain beberapa kali hampir terpele'ot memakai gladiator Nine West 4 inci sebab lalu jalan tak rata (jalan kampung, kenduri kawin, parkir tepi sawah), aku juga belajar menjahit. Haa! Bangga tak? Tak sangka seumur hidup aku, akhirnya aku akan pick-up skill macam ni sebelum melangkah ke alam sebagai bini orang. Alam & manusia?

Lagi membanggakan aku belajar menjahit butang, sebab aku sayang para pelanggan baju vintaj aku. Barang yang baik usah dibuang, baik aku beli butang baru dan pakaikan. Sangat membanggakan jugaklah hasil jahitan aku, walaupun tang nak buat matikan ikatan tu aku fail sipi-sipi.

Lepas tu, aku telah men-DIY hairband renda dengan jayanya. Berjaya disiapkan sambil-sambil tengok The OC. Agak loser, tapi aku rindu tulang pinggul Marissa. Okay sapa ada Gossip Girls? Aku nak!


.. Aku dah lupa nak tulis apa, sebab aku membaca blog-blog kamu tadi. Takpelah yang penting ahad ni datanglah ke Wondermilk Cafe kat PJ tu. Cupcakes free woi!

^-^

EDIT:
oh ya, esok aku kerja lagi >:(
dan lusa aku jadi pengapit pengantin kepada teman rumah aku. Lalin, sadis lah kau dah pindah!

IKLAN: Sedang mencari teman rumah baru, sewa RM150 peralatan rumah lengkap dengan dapur tv katil almari besar kat bilik dan ampaian. Jika berminat emel saya, perempuan sahaja. Hep! sptnikswthart at gmail dot com.

3 comments:

  1. I ada!
    season 1 full episode!
    season 2 baru sampai episode 5@6 right now..
    hahahaha
    kantoi:P
    Hye Amiii!

    ReplyDelete
  2. tak sempat pi wondermilk
    nyesalnya

    nak benda tu satu!

    ReplyDelete

Thank you for taking your time to leave your comment here, but do remember your comment reflects your personality. Be nice to one another :)