Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Go Hijau Go!

Masa nak balik kampung untuk raya adilifitri yang lepas, kami ikut laluan jalan lama macam selalu. Lebuhraya mestinya sesak lagipun kami ada intention untuk singgah ke satu tempat. Yang sebenarnya intention gigih si pherry clucker sebab dia yang beria-ria sangat nak shoplifters gunakan barang ni, dah cari merata tempat tapi jumpa yang saiz kecil je pastu mahal plak. Lalu, dia terus membuat panggilan telefon ke kilang pengeluar barang tersebut. Bertanyakan tempat dan sebagainya, rupanya dekat dengan rumah nenek pherry di antara rawang dan bukit templer.

Mula2 berdebar jugaklah aku mendekati tempat ni, walaupun aku pun memang kerja kilang. Tapi kilang tempat aku kerja tak lah macam ni:




Tapi bila masuk perkarangan kilang tu betul2, rasa seronok pulak dikelilingi longgokan bangunan kertas-kertas terpakai. Ni best buat photoshoot nih. Siyus!

Pherry masuk dalam kilang dan kembali dengan satu kotak besar berisi 1000 helai brown packaging. Muka dia punya la excited gila, cuma part aku tergelak2 tengok dia bawak kotak besar tu je dia tak bape excited. Lepas keluar dari kilang kertas tu, kami berhenti tepi jalan dan periksa saiz brown packaging tu. Aala, rupanya tak sebesar yang kami mahukan tapi... Tak mengapalah, sehingga kini, sangat lah berguna. Sila lihat:


Cantik tak saya bungkus barang pelanggan? Yang ni untuk main pos2 kena la tulis alamat & cop taring petir. Kalau jual kat booth simple je,


gambar credit to Dania, one of our favorite customer!

Nah! Kami memang dari dulu lagi sokong Go Green, Save the cheerleader Save the world Captain Planet. Sekarang kami nak join Eco Film Festival di bawah lembayungan Bijou Bazaar hujung minggu ni. Datang jangan tak datang, datang jangan tak datang *goyang jari telunjuk laju2*

Untuk maklumat lanjut, rujuk sini.