Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

;

Selepas menonton The Devil Wears Prada bersama kekasih di Starbucks Ikano semalam, memanglah membuak-buak rasa nak pergi membeli-belah kan. Nasib baik Ikano tak best so kami tak membeli apa-apa sangat. Pergi menuju ke Safari World/Zone, first time datang! Woo seronok lah tengok ikan-ikan yang banyak dan menenangkan. Cuma agak geli geleman melihat ular yang meliuk lintok. Urgh gila spoil. Tempat tu tiada kucing ke? Cuma dengar bunyi anjing menyalak-nyalak sebab kandang mereka dah ditutup lampu tapi tak nampak kelibat kucing. Hmmm... miau?

Di Harvey Norman hampir membuat pembelian sebuah mini hi-fi Philips yang berkotak kayu tu. Idaman untuk diletakkan dibilik, sangatlah membazir kerana bukanlah keperluan sangat dan aku pun dah tak berduit ni. Harga pun dah melebihi apa yang ada dalam bank balance. Hah!

Nasib baik bertemu Popular Bookstore walau di saat-saat akhir, sempat juga membeli buku-buku. Kalau kerana membeli buku, aku tak berkisah sangat. Pejam mata dan swipe. Nanti boleh mendapatkan pulangan cukai di hujung tahun :)

; franz kafka's amerika
; display copy only (sebuah buku grafik yang aku berkemungkinan menyesal beli)


; bought a copy of envy magazine last week

bermula lah satu kisah epik.

Ehem, lawat sini pls.

taakul/taakulan
Ar pengertian, kebolehan berfikir dgn logik, pertimbangan yg teliti, keadilan, kesaksamaan;: menaakul : membuat pertimbangan dll dgn logik: : di dlm buku-buku itu Bacon telah mengemukakan cara ~ menurut kaedah induksi; :: penaakulan: perbuatan menaakul.

mantik
Ar cara berfikir yg semata-mata berdasarkan fikiran; ilmu ~ pengetahuan tentang cara berfikir yg semata-mata berdasarkan fikiran, logik.

source: kamus dbp

-+-

gambar

Kekasih saya cakap saya groovy hari ni. Saya tanya kenapa, sebab saya sendiri tak pasti definisi groovy. Dia cakap sebab saya pakai baju bonda saya yang bonda pakai masa tahun 70-an dulu. Hah.. groovy ke namanya tu? Baju tu agak see-thru, well memang see-thru. Tapi sebab saya memakainya ke pejabat dimana kewajipan memakai vest/jaket kelabu buruk jadi saya selamat dari menunjukkan kepada dunia bra lace saya. Lagipun warna baju ni gelap dan berbunga-bunga sedikit, bertengkuk cekak musang dan berbutang di hujung lengan. Saya sisipkan pula tali reben hitam di loop kiri dan kanan baju di bahagian pinggang. Rasa bangga pula memakai baju bonda ketika dia masih muda remaja dulu, anak kelima dia ni pulak yang sebok memakainya eheh.

Hmm, minggu ni kami pulang ke kampung. Tapi ke rumah famili kekasih saja kerana bonda masih disini membantu menjadi nanny Adam & Adrina. Adrina manja, taknak orang lain. Nenek Adam yang dari Sabah tu macam berniat nak membawa Adam ke Sabah :(, sedih la nanti kalau dia takde... Adam memang nakal, baru dua tahun lebih tapi suka memanjat sana sini dan ya bonda tak mampu nak menjaga kedua-dua anak tu serentak. Kedua-duanya perlukan attention, undivided attention. Menangis jika ditinggalkan walau cuma ke dapur. Haih, rasanya aku belum bersedia untuk mempunyai anak sendiri. Kalau ya pun, aku akan pastikan mereka membesar di rumah yang selesa dan luas. Ouff, rasanya terlalu awal untuk berfikir hal begini.

ps: hari ini ada orang cakap aku lebih comel dari si gadis baru yang comel di pejabat sebelah. ahah, terima kasih!

pps: yes! dapat movie the orphanage dari puaka. tengah minta dia download paris j'etaime & teeth :)))