Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Untitled



Minggu lepas aku terer gila, tak makan dari pagi sampai malam. Gerak naik pengangkutan awam yang sendat dengan pendatang asing dan pelajar universiti yang tak balik kampung dengan membawa wang berkepuk-kepuk dan berpakaian ala mahu ke MIFA tapi tak pergi.

Sebenarnya, aku pergi membeli stok untuk Shoplifters. Pherry Clucker dipaksa bekerja maka aku terpaksa membeli barangan MonMon (Monday Monsieur) seorang diri. Urgh, tak sangka aku berjaya mengangkut lebih 5kg (agaklah) barangan ke sana kemari seorang diri sehingga minah ni tiba. Berdasarkan saiz tubuh badan, mungkin aku lebih kuat. Kami agak buntu membuat pilihan kerana ketiadaan gadis NF kami. Jika dia ada, mesti kami pantas & hebat membuat pilihan!

Kemudian, selepas menghabiskan wang yang diamanatkan gadis NF dengan jayanya kami melepak (atau lebih kepada melepek) di warung minuman makcik baik hati tapi ada tikus besar kat bumbung, selama lebih kurang 2 jam. Minum air bergelas-gelas sampai rasa nak terkucil, gat dem! Tiba-tiba, makcik tua ni datang secara mengejut. Cis! Turun KL tak habaq! Piap!

Vintage houndstooth skirt worn as a tube top (vintageouss)
Vest (bought in japan)
Bicycle necklace aka Rantai Basikal (malacca)
Wide Leg Jeans (promod)
T-Bar Sandal (jusco)


Brass angel wings ring (soak republic). Aku hadiahkan yang silver untuk Pherry.


Bondage Gladiator on Kak Rhona (the shoplifters) // Kilat-kilat gladiator on Schuhz (online)

Lepak dan bergosip entah apa-apa beberapa ketika sehingga Pherry datang mengambil kami. Kemudian hantar Kak Rhona ke stesen LRT dan kami makan kenyang-kenyang di Asia Cafe SS15 sebelum bergerak pulang ke Perak.

Dah balik, aku dan pherry berjaya score mannequin bersaiz S yang cuma berharga RM50! Hehe sementelah Schuhz menamakan mannequinnya Sundal (ala yang selalu keluar kat leftovers tu), aku pun menamakan mannequin aku as Sundae. Comel dan sesuai dengan hari yang aku dapatkannya!



Oh ya, aku juga telah membuat kerja gila. Dengan membeli dua beg leatherette fringe bernilai RM80! Sekarang aku rasa agak keterlaluan pula lalu nak menjual beg fringe yang berwarna ungu gelap tu. Hmmm... patut tak?