Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Membeli & Belah Raya

Semalam selepas berbuka puasa murtabak RM1.50 x 2 yang dibungkus dari kantin pejabat dan dibawa makan kat Fariz Maju, kami gerak ke Warta. Sebabnya aku dah membuat survey terlebih dahulu semasa rehat Solat Jumaat tapi tak seronok membeli-belah sorang je (Lilia & Lalin sibuk mencucuk mata dengan kanta lekap di England Optical. Nak raya lah katakan).

Baju melayu berzip (butang baju melayu ganti dengan zip) yang aku tweet kan semalam rupanya kekasih kata baju untuk orang Bangladesh. Aku tak tahu sejauh mana kebenaran tu. Tapi bila tengok cuffed wrist di lengan baju melayu tersebut, terasa tak sesuai pulak. Kami pun ke kedai ala-ala butik yang ada kebaya perang (bukan perang macam filem 300, tapi warna perang) yang aku idamkan. Pilih dan pilih dan pilih, aku pun bertanyakan harga.

RMxxx, kata gadis penjual.

Gugur kejap jantung aku. Mulalah putus asa, kami pun bergerak ke kedai-kedai lain. Tapi sememangnya hati aku dah ada pada kebaya nan satu tu. Pusing musing macam ikan keli, kembali semula ke kedai tadi.

Aku pun berniat untuk mencuba. Tak mengapalah, mana tahu fitting tak best.
Bila dah cuba macam wah bestnya nakkkk! Masalahnya, wang. Aku dah gunakan untuk membeli sesuatu yang lain sebelum ke kedai ni tadi. Haih.

Keluar dari bilik persalinan, aku buat muka monyok. Kakak penjual tunggu di pintu, aku cakap cantik... tapi mahal sangat, sambil aku berlalu.

OKAY RMxxx! Kata kakak tu separuh mahu menjerit separuh berbisik.

Aku berhenti, eh ni dalam bajet! Hehehehehehehe, cuba dan cuba saiz berbeza dan warna berbeza. Aku pilih juga yang memang pertama sekali aku mahu. Cuma ada satu saja dalam kedai tu. Yay! Okay cukup, sekarang cuma perlu mencari korset jika ada yang murah kerana kebaya sifon agak jarang k.

Kemudian, kami gerak ke Alamanda dengan niat mahu membeli baju melayu Crocodile yang murah untuk kekasih. RM79 sahaja! Malang sungguh nasib kekasih, bukan saja saiz malahan warna idaman pun sudah habis terjual. Kasihan dia.. Harapnya pulang ke kampung, dia berjaya jumpa baju melayu yang disukai dan dalam bajet. Kaum lelaki ni susah sikit kot, baju melayu seharusnya jangan mahal katanya kerana cuma dipakai sekali sekala dia rasa rugi kalau terlalu berbelanja. Lagipun, kami tak banyak membuat OT bulan lepas, gaji cuma cukup-cukup makan. Aku bernasib baik ada the shoplifters. Aku mahu tolong dia tapi dia menolak pula. Hmm, ego lelaki kot?

Mahu tahu aku beli apa sebelum mendapat kebaya? Ini dia..

Boleh ignore bulu tangan tu? Orang cakap kalau tangan berbulu kuat seks? Eh entah, aku pun tak tahu!


Adakah aku perlu namakan jam ini, macam Angah & Tina namakan jam Casio Gold Calculator mereka si Mastura?

Kad Raya Digital

Untuk kawan-kawan semua,
maaflah tahun ni tak berkesempatan nak membeli kad raya,
John pun tak sempat membuat taktik mahu bertukar kad raya tahun ni,
Jadi satu kad raya umum buatan photoshop menjadi pengganti,
Harap ampun maaf zahir & batin ..
Halalkan lah makan & minum saya ye..
Berhati-hatilah memandu pulang ke kampung dan kembali ke bandar nanti :)



p/s: pertama kali menggunakan khidmat ExtremeTracker, telah link kamu: pjoe, cik paperdolls, tinte und papier (blog English emo si Schuhz), shahril mohamad, ben's life story, emopsychostar (maaf, link hilang selepas tukar layout). Trimas, tiba-tiba rasa semangat kembali mahu menulis belog :P

OMG, kenapalah aku ni selalu lambat ye? Sekarang aku mahu pergi ke tempat ini untuk mendapatkan buku bernombor. Esok hari kerja pulak tu, sangatlah bagus. Nampaknya photoshoot vintaj tunda pagi Ahad la wahai kekasih dan CEO kentut ku! Kalau tidak, terpaksa minta tolong Lullaby. Hmm..Masuk perenggan ni dah kali ketiga aku edit entri ni. Haih!

Edit kali ke-4, kenapakah aku mendapat kad raya digital dari Modernform.net?? Peliknya.

(Maaf, kad terlalu simpel dek kerana sudah lama tak menangkap gambar!)
(Inspirasi: kad raya merah jambu Melayu Minimalis)

Buku Muka & Hari Raya

Bila dah terlalu gembira, mula lah ada perkara yang menyakitkan jiwa;

-baju Lullaby tertinggal di rumah rahsia.

Kasihan dia memandu keluar dari rumah semata mahu bertemu aku. Haih. Aku pun selalu gelojoh, mengatur pertemuan sebelum memeriksa hasil basuhan dobi baju vintaj minggu ni. Bila dah berjumpa, mula tergopoh-gapah memohon maaf. Harap Cik Lullaby tidak membenci kami kerana ini. Teruskan la menjadi pelanggan setia okay :>

Selepas bertemu Jackie, baru aku mendapat tahu bahawa blog mandom ini ada pembacanya selain dari rakan-rakan rapat. Hah, buat malu je sebab senantiasanya aku merepek perihal entah apa-apa. Dan aku juga mendapat tahu daripada Jackie bahawa nama aku atau profil aku di Facebook tidak boleh dijumpai. Malahan di kumpulan Facebook The Shoplifters pun nama aku dihitamkan. Wah! Kagum juga dengan kehebatan Facebook memprivasikan profil. Jadi nah, harini aku tidak memprivasikan carian profil aku. Bagi rakan yang mahu menambah aku sebagai contact sila lah mencari Ami Schaheera atau tambah saja dari profil kumpulan The Shoplifters. Sebenarnya tidak ada apa-apa yang menarik pun di situ, cuma sebenarnya aku lebih suka mengekalkan rakan dikenali sahaja di rangkaian itu. Tapi, aku suka juga menambah kenalan. Kenal yuk? (Bagi famili atau saudara terdekat, tolong berhenti mengintai blog ini atau profil aku dimana-mana rangkaian perkawanan. Intai dan bisik di rumah saja boleh?). Aku akan kembali memprivasikan profil facebook di hujung hari ini.

Nak tahu satu perkara? Aku masih belum membeli baju kurung/kebaya untuk Aidilfitri. Aku membeli satu dres vintaj dari 6Ts semasa di Bijou Bazaar minggu lepas, ala Saloma kata kekasihku, blaus merah jambu yang seakan baju kurung moden dari Mimpi Kita yang aku akan padankan dengan kain turquoise berbunga fuschia zaman 70-an milik bonda. Pagi tadi teringat pula aku ada membeli dua kain pelikat Sarawak yang berbenang kilat semasa trip aku ke Sarawak Jun lepas. Agak menarik coraknya, sesuai pula dengan Baju Saloma dan Baju Merah Jambu yang aku beli di Bijou. Harga kedua-duanya baju tu cuma RM35. Kain pelikat pula aku tak ingat tapi bawah RM50 pastinya. Sangatlah berjimat raya aku kali ini berbanding tahun lepas. Tahun lepas hampir setiap minggu Ramadhan membeli baju kurung dan sehari sebelum raya aku membeli kebaya siap. Haih, tak dapat dibendung. Kasut raya tahun ini juga tak perlu nampaknya kerana masih ada kasut tinggi seksi pemberian kekasih. Jimat jimat.

Tapi tadi, aku membuat pembelian pertama untuk Aidilfitri. Tudung bermanik, untuk bonda :)

Hehe korang dah beli baju/kasut/tas tangan untuk Raya?

Alamak, duit masih belum ditukar lagi! Anak buahku yang sepuluh tu, bagi baju vintaj je okay tak?