Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Bit by Bit of Kuching Trip;

Jumaat lepas, hati dah tak sabar dah nak melangkah meninggalkan opis. Apa lagi, dengan baju belum packing, nak mandi syampu rambut lagi, nak pilih kasut yang perlu dibawa. Dengan keretanya nak ditinggalkan. Tapi alhamdulillah semuanya selesai dan selamat. Cuaca pun terang benderang sepanjang perjalanan dan mendarat dengan selamatnya 2 jam kemudian. Malam tu kami tak kemana cuma makan malam di sebelah Sungai Sarawak dan pulang untuk tidur. Esok pula, bergerak ke India Street & China Street di Pekan Satok. Tak banyak kedai yang menarik tapi berjaya juga membawa pulang 2 bungkus beg plastik pakaian wanita, well... Hehe.Tapi aku suka kedai di jalan sitok, kedai-kedai lama yang cantik dan old-school. Best! Banyak kedai menjual cenderamata hasil kraftangan budaya dan kaum di Sarawak. Teringin saja aku membawa pulang satu atau dua topeng kayu berukir... tapi, aku penakut!Rugi pulak rasanya tak membawa pulang topeng merah jambu tu. Hish. Murah je tau, bawah RM20 kalau tak silap! Dan semestinya bila di Kuching, merata-rata ada kucing. Co-co-co-comel!!Okay cukuplah, sambungan cerita esok atau lusa bergantung kepada tahap kerajinanan. Haha adios! ;) Oh ya, setakat ni korang jeles tak? Jeles kan? I know :P

Hear Ye! Hear Ye!

Satu eksperimen. Jika mendapat sambutan pasti aku tambah lagi stok dan pilihan barangan. Anyway aku rasa macam nak demam je nih, selesema. Panas rasa badan. Dah telan ubat tapi belum ada kesan apa-apa pun. Bosan. Nak upload gambar tapi malas nak resize. Tahun depan lah jawabnya, sama kes macam gambar trip ke Jepun. Hah! Hmm, tentang blog eksperimen aku tu, kalau ada cadangan apa-apa boleh dicatatkan di bahagian komen. Sekian terima kasih.

Tak sihat T________T

PS: STILL SELLING SOME OLD STUFF HERE.

mini summary

Hello, aku dah pulang! Tapi aku sibuk, seawal 630pagi hari Sabtu lagi sudah menerima panggilan telefon dari kilang. Ada masalah di server. Ah, alamak terpaksa aku redirect masalah tersebut ke bos aku (mereka tak tahu aku pergi cuti-cuti malaysia). Semalam semasa di Kuching sibuk membeli-belah panggilan telefon lagi tentang bagaimana mahu update software di server linux itu. *tepuk dahi*.. Masa beginilah banyak kerja datang ya. Nasib baik ada 'kitab' catatan yang barangkali boleh dibuat panduan, walaupun yang sebenarnya yang faham penulisan cakar ayam dalam tu cuma aku haha. Hmmm...

Aku mahu memaparkan gambar, tapi kabel kamera rosak pula. Esok lah ya? Berpuas hati cuti aku kali ini. Terasa ingin pergi lagi. Bandung/Jakarta, nanti ya aku datang (pastinya bila aku dah cukup duit la) ;)

Bye!

p/s: I was here, but I didn't even so much as touch the mud. And I think I saw KinkyBlueFairy there..? Hmm.. I could be mistaken though.