Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

ch ch ch ch ch

Aku rasa hujung minggu lepas paling menggembirakan. Lama tak berjumpa dengan perempuan-perempuan yang comel, tua matang dan nerd tu. Walaupun tak dapat bercengkerama di rumah budak nerd tapi nasib baik aku terbawa pulang kad pengenalan kakak kuantan jadi berulang juga jumpa mereka pada hari Ahad.
Anyway, sabtu di +Wondermilk di event Kurasa Something, a charity gig. Kami tiba awal selepas ibubapa shuz membelanja kami makan tengahari di Chicken Rice Shop kemudian encik majin menjemput kami untuk ke +Wondermilk. Kami tiba awal, lebih kurang jam 4:30 petang. Sempat membeli baju berwarna kuning Kurasa Something tapi saiz kecil la! Betul kata John, I am fat. Nak tukar! Hmm... menghantar Kak Rona pulang ke pangkuan Arif di Bangsar pada hari Ahad.But all is good, kami stay sehingga jam 7 petang di +Wondermilk kerana harus bergegas bersiap-siap ke Kelab Shah Alam dimana majlis perkahwinan Intan Suhana diadakan :)

Tahniah Anna!!

p/s: seperti biasa everything else on facebook :)

ni

picture credit to Tim Walker via Hoy Fashion.

2
more days!

mutant-mutant yang menghantui mimpi aku

I am extra tired this morning because I couldn't sleep between 2am dan entah jam berapa. Mimpi dan bunyi-bunyian rawak membuatkan aku separuh tidur separuh terjaga. Bunyi yang menakutkan, pintu grill rumah aku seperti digoncang berulang-ulang kali, cermin tingkap diketuk perlahan-lahan... tapi aku pasti semuanya hanya minda aku yang kurang rehat dan udara untuk bernafas. Terlalu khayal untuk memastikan segalanya. Lalu menjebakkan aku ke arah mimpi yang tak pasti, sebuah rumah cantik, seperti di atas bukit kecil, taman yang luas dan bertasik, berjambatan kecil.. Cantik, sesuai untuk sesi fotografi, kata hatiku. Hebatnya rumah sewa aku, kata hati kecilku lagi. Tapi, something is wrong.. we can not go outside unless if it's in day light atau sebelum 10 malam. Jika tidak makhluk-makhluk pelik akan datang mengerumuni, wanting to touch wanting to be loved wanting to be saved.. Makhluk manusia berkepala kuda berbaju gingham dan pelbagai makhluk berupa mutan antara manusia dan binatang yang kelihatan begitu melankoli dan terluka. Walaupun mereka tidak mencederakan sesiapa, namun kelihatannya tuan rumah melihat mereka sebagai satu nuissance. Kami keluar jua, hampir 10 malam.. melangkah keluar menuruni tangga, kelihatan makhluk-makhluk itu mula merapati.. Berjalan seperti biasa, kami menuju ke kereta tua ala 70-an berwarna biru muda, tak pasti model apa.. makhluk-makhluk tersebut terkedek-kedek menuju ke dalam kereta juga, membuka pintu dan masuk duduk. Tuan rumah memujuk dan menghalau secara lembut, saying we love you please come out you know we do love you, tampak aneh bagi aku. Pastinya aku agak ketakutan. Namun pujukan itu yang pastinya berjaya... Deruman enjin mengejutkan mereka sedikit tapi mereka tetap memegang tingkap dan merengek meminta tolong. Tolong apa ya? Entah tak pasti..

Kemudian alarm telefon bimbit berbunyi.

5:35 pagi.

Haih, masa untuk bangun memulakan hari...