Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur Diresahkan oleh
Kejadian Mengerikan Yang Terjadi Hampir Setiap Hari. Diberitakan Ada
Seorang Pengamal Ilmu Hitam Yang Berkeliaran Di Daerah-Daerah Di Kuala
Lumpur, Sebahagian Besar Selangor Dan Juga Negeri Sembilan.
Sasarannya Adalah Wanita, Tidak Kira Muda Atau Tua Dan Tidak Mengira
Paras Rupa. Penjahat Ini Berhasrat Untuk Memperkosa 2000 Wanita Agar
Dapat Menyempurnakan Ilmunya. Sampai Ke Saat Ini Sudah Beratus-Ratus
Mangsa Yang Berjaya Diperkosanya Dan Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah
Kediaman Wanita-Wanita Tersebut.
Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan Penjenayah Ini Karena Kesaktian
Ilmunya. Cara Orang Ini Melakukan Kejahatannya Ialah Dengan
Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Nyamuk Kecil, Kemudian Menyusup Ke
Kamar Wanita Yang Sedang Tidur, Menjelma Semula Menjadi Manusia Dan
Dengan Kejam Dan Ganasnya Memperkosa Mangsanya.
Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk Menangkap Penjenayah Ini Kerana
Setelah Selesai Memperkosa Gadis-Gadis Dia Akan Menjelmakan Semula
Dirinya Menjadi Nyamuk Dan Ghaib Dari Tempat Kejadian. Sudah Beratus
Ahli Ilmu Kebatinan Dari Segenap Ceruk Rantau Termasuk Dari Indonesia
Telah Dibawa Untuk Membantu Pihak Polis Mengesan Dan Mengalahkan
Penjenayah ini.
Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang Ada Padanya Cukup Tinggi Dan Tak
Termampu Untuk Ditandingi Oleh Sesiapa Dan Hingga Ke Saat Ini Dia
Dikatakan Masih Berkeliaran Di Sekitar Lembah Kelang Untuk Mencari
Korban Seterusnya Sehingga Berjaya Memenuhi Tuntutan Ilmu Hitamnya
Iaitu Harus Memperkosa Sehingga 2000 Orang.
Bagi Wanita Yang Sering Tidur Sendirian, Mengunci Pintu Bilik Dan
Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu Tindakan Yang Bijak Kerana Dengan
Mengunci Pintu Bilik, Orang Lain Tidak Dapat Memberikan Pertolongan
Dengan Segera. Seandainya Perkara Yang Tak Diingini Berlaku Keatas
Diri Anda. Sekali Lagi Sampai Ke Saat Ini Belum Ada Yang Mampu Untuk
Mengalahkan Ilmu Si Siluman Nyamuk Ini Kecuali Hanya Ada Satu Penangkal
Yang Sangat Mujarab Iaitu :
RIDSECT
Membunuh Serangga Dengan Berkesan.
El Orfanato

The Orphanage;
Seram. I will forever be haunted by little children's ghosts and dolls. And probably spanish language. Ok aku baru sedar ia bukan french. Tertipu oleh kata-kata puaka. Ceh.
"one two three, knock on the wall"
Meremang bulu roma! Ayat pertama yang keluar dari mulut kekasih selepas menonton ni, pengajarannya jangan cepat marah-marah. Terkena batang hidung aku. Ceh.
Yang sebenarnya kebelakangan ni aku dah tiada idea nak menulis, jadi aku cuma nak cakap. Tontonilah filem ini. Sekian.
ramainya orang kahwin bulan ni!

Ok sebenarnya minggu lepas aku pergi ke sebuah lagi kenduri kahwin, lagi. Tak habis-habis dengan kenduri kan. Pengantin lelaki merupakan rakan kekasih sejak sekolah menengah > uni > tempat kerja. Ayat pertama bila dapat bersua pengantin perempuan diatas pelamin,"ami kenal siput yea?"
Oh kecilnya dunia, rupanya rakan di sebelah sini mengenali si perempuan 'superwoman' ni. Senior di sekolah menengah katanya. Aku cuma tergelak kecil je bila disebut nama tina sebagai siput. Kelakar okay.

Lepas tu aku curi lagi sekuntum bonga ros putih, macam di kenduri Anna tempoh hari. Tapi bunga ros Anna masih mewangi di dalam kamar tidurku walaupun sudah kekeringan berbanding bunga yang ini. Mungkin kerana ditinggal berpanasan dalam kereta tika kami membeli-belah.Anyway, semoga berbahagia hendaknya Zahrul & Dayana!
Subscribe to:
Posts (Atom)
