Aku baru mendapat tahu bagaimanakah cara untuk menerbitkan entri di blogger menerusi telefon bimbit baru ku. *gelak jahat* Kemudian tadi aku cuba menukar template blog, terlupa pula aku belum bookmark kebanyakan blog yang aku gemar kunjungi. Ah damn!
Bonda dah pulang dari Jeddah. Tapi tiada siapa yang berada di lapangan terbang untuk menyambut bonda ketika ketibaannya. Sedih juga. Sebenarnya abang ipar aku seharusnya berada di sana tapi dia perlu menyelesaikan urusan di Putrajaya dan ke masjid dahulu sebelum boleh mengambil bonda. Aku harap bonda tak berkucil hati :{
Semalam masa aku pulang ke rumah, ada seekor kucing kecil di tangga. Dia mengiau-ngiau. Aku pasti dia lapar. Aku terus keluarkan bungkusan friskies kecil yang aku simpan di rumah (beli dahulu kala semata-mata untuk feed kucing yang aku terjumpa di tengah jalan) dan taburkan sikit di atas katalog tesco yang berlambak. Aku hulur kepada meow tapi dia takut dan mengiau lebih kuat. Lompat turun, lompat turun si kucing. Aku putus asa. Aku letakkan saja di sudut tangga, hopefully dia akan menikmati hidanganku nanti..
Bila pagi aku bergerak turun untuk ke tempat kerja, friskies tak berusik dan si kucing pun dah turun ke tangga bawah. Aku ambil friskies tersebut dan letakkan disisinya. Nasib baik keadaan tangga yang suram menyebabkan ia tidak sedar kehadiran aku sehingga benar-benar rapat. Jika tidak, pasti lari lagi...
Haih, meow meow..
So sweet! Meeowwwww ;;)
ReplyDeletehmf. kucing sombong!
ReplyDelete:P~