Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

finally so//ny mendapat idea bernas dalam menjaga kebajikan pekerjanya;

ACHTUNG!

Tempat kerja aku dah revise elaun pengangkutan, extra RM125 bermula gaji bulan Julai.
Dan extra RM10.50 untuk subsidi makanan, bermula 15hb Julai. Yabedabedooo!

Ada rahmat la jugak, alhamdulillah :)
Boleh la aku kurangkan masuk shif 12jam (615am-615pm).. haih.

tiada event yang lebih penting berlaku minggu lepas melainkan ini;

Kami cuma tinggalkan 'dia' dua puluh lima minit sahaja dan ini berlaku:

Mangsa: Honda City Midnight Black WQR **00.
Tempat Kejadian: Jalan 222, PJ.
Masa: 10-1030 malam.
Barang-barang Hilang:
  1. 1/2 dozen Assorted JCo Donuts.
  2. Payung bercorak ala burberry.
  3. Beg mekap ala LeSportSac berisi Burberry The Beat pemberian kekasih dari Jepun, blusher cantik ni, bedak kompak Revlon, mini lipgloss Clinique, lipbalm BodyShop dan sangat banyak lagi. Keseluruhan set yang aku bawa kemana-mana :"(
  4. Pakaian kekasih yang baru diambil dari dobi which includes most of his favourite shirt; Uyeno Eki Tokyo beli di well, Tokyo on his last trip which is a signed Green Day shirt, a blue Canterbury, kemeja striped Tommy Hilfiger hadiah dari aku, pink collared shirt(he look so good in pink seriously), a topshop jeans and etc etc.
  5. Satu beg cd dalam dashboard.
Agak bertuah bila difikirkan kembali bahawa pencuri mungkin tak sempat nak selongkar bonet belakang kerana jika tidak laptop, psp, kasut nike akan turut hilang. Tapi yang peliknya kenapa alarm kereta kami tidak berbunyi langsung.. Jatuh jantung aku bila melihat dashboard dibuka dan kosong barang dalam itu.. Kenapa payung? Kenapa beg mekap? Perlu ke curi? Kami benar-benar pasti kereta dikunci kerana kawan kami di kereta sebelah pun pasti Naz mengunci keretanya. Tapi.. Oh Tuhan!

Entahlah, tak dapat lagi diungkapkan dengan kata-kata, menggigil seluruh badanku memikirkannya..

Sekarang sapa nak gantikan cermin aku yang pecah tu? Dengan belikan semula barang-barang mekap? I am completely make-up less today. No, lie. Luckily I never throw away barang-barang mekap yang nak habis sekali pun. Ah Fuck lah!

{}

I think these were done about two years ago?


I'm rummaging through my photobucket now and ya know I do have some of surprising pictures of wowundfluttert & herdrugbuddy. Oh god, I was way skinny back then. Seriously embarassing. Heh, anyway.. urbanscapes yuk!

Broken Water

Jadi sejak beberapa hari lepas air misteri mula mengalir keluar dari paip dalam bilik air. Haih, perkara yang sama macam yang lalu. Semestinya akan menyebabkan bil air meningkat. Tak suka.

Seperti biasa aku hubungi tuan rumah.. Woo, tengah dalam pantang katanya. Anak yang ke-7. Pelajaran sarjana tergendala sebentar. Hmmmm..

Pape je lah, yang penting paip air bocor tu perlu disetelkan.
Nasib baik aku dah bayar deposit RM200 tu. Heh.

Ojigi; Lesson #1

Haih, hari ini kelas bahasa Jepun lagi. Rasanya tiap minggu mengeluh malas mahu pergi. Tapi setiap kali pulang mesti dalam keadaan pecah perut akibat terlampau ketawa. Sensei Nooru memang baik hati dan sporting yang amat. Ahli kelas pulak suka buat lawak tahap tapir, mesti tak menyesal pegi. Sekali pun tengah sakit kepala. Ni aku nak kongsi salah satu video klip dari Youtube yang Sensei tunjuk pada kami.

Ojigi;
perbuatan menundukkan badan (tunduk) untuk menunjukkan hormat atau memohon maaf. Rupanya terdapat beberapa paras untuk ojigi. Kelakar yang amat. Sila lihat klip ini, anda akan faham:



Sekarang anda tahu cara sebenar seorang Ninja. Muahahahahahahahah!

7 Random Facts About......

Sebenarnya dah lama kena tag ngan minah uitm ni, tapi perasaan sangat malas untuk memikirkan jawapan tu menimpa-nimpa bila tengok soklan-soklan nih. Disebabkan aku dah takde idea nak membebel apa kat blog, marilah kita buat sesi mengenali fakta-fakta diri aku!

7 Raw Facts About Me:

Ni dah lama dah jawab dulu, tambah ekstra satu fakta.


7 Things That Scare Me :

1. Kaki kanan aku collapse secara tiba-tiba, selalu terbayangkan kejadian ni dalam kepala sekalipun sedang sibuk membuat kerja berlari ke sana ke mari.
2. Dilenyek lori/treler/kenderaan besar dan panjang.
3. Kipas siling terjatuh atas kepala semasa tidur.
4. Laknat dari Allah (pohon dijauhkan)
5. Ditinggalkan orang tersayang :'(
6. Hantu budak kecik.
7. Bunyi-bunyian misteri di waktu malam, terlalu banyak mak cakap nyah oi.


7 Current Songs (walaupun aku sebenarnya memainkan winamp shuffle & repeat dari sumber keseluruhan mp3, tapi yang benar memakan jiwa ada beberapa):

1. the perishers - pills; sadis.
2. james taylor - you've got a friend; kebelakangan ni memainkan 70's tunes. Yang ni menimbulkan semangat persahabatan dan kesediaan untuk berkorban deminya.
3. matt skiba - next to you; teringat kenangan lama sebab asik memainkan yang ni satu ketika dulu.
4. robyn - konichiwa bitches;
5. she & him - i thought i saw your face today; zooey deschanel, to me she's as cute as a lil girl should be but i might be wrong.
6. damien rice - accidental babies; tajuk yang menakutkan tapi soothing tunes, agree?
7. tiger lou - the sound of crickets; rasa seperti ingin terbang bersama sang belalang dan rama-rama.

Musik aku agak ketinggalan ya?


7 Things I Say Frequently :

1. "pang kang"; pengaruh Acit Esidrein & Pipi.
2. suku kata terakhir perkataan jika ditanya sesuatu oleh kekasih, contoh:"kenyang?"..jawapan pasti.."nyanggggggggg" sambil tersenyum berbentuk D.
3. akhir-akhir ini, "entahlah patik kurang periksa" jika aku tak pasti dengan sesuatu.
4. wooh...
5. aaah...
6. namo.
7. hmmm..


7 Most Valuable and Sentimental Things of Me :

1. Cik City Hitam; mestilah.
2. Dell XPS 1330 yang merah tu.
4. Handphone, walaupun dituduh cabuk atau tidak original aku tetap sayang.
5. Buku-buku yang dalam koleksi.
3. Koleksi kamera filem; smena 8m, canon, olympus trip & kamera digital Nikon P5000.
6. Koleksi kasut yang tak diverse langsung, asik terpilih warna yang sama saja.
7. Kebelakangan ni, aksesori seperti rantai dan gelang.


7 First Time In My Life :

1. Pakai telefon bimbit mudah alih, semasa di matrikulasi. Motorola cabuk ada arial T____T
2. Hampir diculik oleh orang tua pervert, dibawa sehingga ke KL dari Perak (Seriously don't ask me about this. Sejarah hitam)
3. Dipukul bonda dengan cebok kerana hampir membakar rumah (suratkhabar lama di penjuru balkoni).
4. Dipukul bonda dengan penimbang plastik kegunaan dapur kerana menggunakannya untuk menimbang pasir di hadapan rumah. Aku sangkakan bonda dah tak sayang sama aku lagi.
5. Minum minuman itu. Satu kali, dua kali, tiga kali beberapa tahun lampau. Insaf. Tidak lagi.
6. Pelajar pertama dalam fakulti(IT) untuk memiliki thumbdrive, haha Sandisk 256mb. Hilang dah kau.
7. Dikutuk oleh abang bila cuba memasak gulai tempoyak, semasa ditinggalkan bonda waktu bonda menunaikan haji, 90's.

Ah, malas nak tag sesiapa. Kecuali si Iza ni sebab dia bakal naik pelamin! Haha buli dia :P

p/s: Tahniah Iza

sunnysunny sunday

Penatlah. Berulang alik dari Kajang ke Meru ke Kapar. Yes people, two weddings today. Kenduri di Kajang tak sempat pengantin nak datang berarak kami terpaksa berangkat pulak ke Meru. Di Meru pulak suasana agak tenang kerana cuma kenduri doa selamat dan makan-makan saja diadakan. Tiada kugiran atau lagu-lagu berkeroncongan. Tenang rasanya. Lagipun, kenduri besar-besaran dah pun diadakan di belah perempuan di Medan, Indonesia.

Hmm, plan B?.... Malam kelmarin, aku diberi pilihan samada mahu kuizin Melayu, Cina atau India. Aku memilih makanan Indian kerana teringat sangat kepada satu restoran india daun pisang di kawasan Jonker Walk, Melaka. Lalu kami berangkat ke Jalan Gasing, PJ. Rancangan dia untuk membawa aku menjamu selera di Gems Restaurant.

Sayangnya, the whole place was booked for a private function :(. Kecewa la jugak, ingatkan mahu ke Midvalley mengubat lara. Terlepas pulak simpang terus ke Bangsar Village. Adoi, sabar tak sabar. Heh. Makan jugak di Delicious Cafe, pertama kali rasanya. The food was okay, not extravagant as we expected. Suka suasana dan hiasan dalaman di situ, sangkar burung berwarna putih digantung penghias siling.

So.. anyway aku tengah copy movies dari alrachid :)
Yay!

ichi ni san yon go tottemo daisuki




one night in putrajaya, after i just got my holga. used it's soft surround filter combined with p5000's b&w setting.


Tiga hari yang lalu merupakan tarikh ulangtahun kami, tahun ini genap lima tahun kami bersama. Tapi aku tak sedar langsung, tiga hari lepas aku dapat rasakan sesuatu yang spesel berlaku pada tarikh tersebut tapi aku tak teringat langsung pasal ulangtahun. Siap bukak frenster untuk periksa tarikh lahir siapa agaknya ya *tepuk dahi*. Malam semalam dia menyumpah-nyumpah terpaksa pulang lewat kerana ditahan oleh bos. Banyak kerja yang tiba-tiba mendatang. Hmm, aku pelik juga kerana selalunya dia tak kisah dan menjalankan tugas dengan cekap dan pantas. Dia merungut bilamana aku merungut mahu pulang. Tapi semalam terbalik pulak. Aku tak syak pape. Bila pulang dia cakap dia marah sebab dia ada plan lain malam ni. Plan ape pulak, selalunya apa-apa mesti diceritakan. Ada reservation katanya.. Eh reservation apa?? Dia terlepas cakap dalam separa kemarahan, menyatakan bahawa dia ada membuat tempahan meja candle light dinner untuk dua di Marriott.. Terus aku ingat tarikh tersebut! Ahah! Malu sendiri kerana terlupa tarikh keramat. Dah tua rupanya. Chait. Tapi kami pun dah pulang lewat maka tidak sempat nak menjamu selera di sana. Ayam Fujiyama Adam saja pengubat hati...

Howeverrrrr, dia kata ada Plan B! Malam ini, kemana ya kita?

Sabotaj 3!!!!!

Semalam, satu perkara yang buat aku tertawa - keseronokan sang kekasih yang baru menerima sampol berwarna coklat di opisnya. Macam budak kecik dapat eskrem.


Dia dah beli, aku menumpang. Anda amacam? Nak kena lempang?

Ewah ryhme pulak.

press depress supress success

BACA INI.

"Minyak naik harge kite takleh nak tahan, tapi pembaziran kerajaan kite kene stop", kata si dia cuba menenangkan. Ikutkan hati aku memang aku dah baling keyboard ke dinding. Yeah i kinda realize i have that problem. Tapi sekarang aku bukan nak cerita pasal aku. Aku nak cerita pasal 'mereka'. Masa kecik-kecik dulu masuk sekolah, pergi kelas perkara pertama yang cikgu ajar adalah apa? Disiplin. Aku tau lah aku pernah jadi cikgu satu ketika dulu. Tak cukup dengan jeritan bagai nak tercabut anak tekak, terjojol mata cikgu laki pompuan segala, siap bawak rotan ke sana ke mari, cubit dengan kuku tajam semua lah ada. Pelbagai gaya pelbagai ragam. Semuanya untuk mendisiplinkan anak-anak. Supaya mereka ni jadi anak bangsa yang berguna! Pekat ilmu di dada! Tinggi kepimpinannya! Patuh dengan rukun agama! Aku tahu, setiap guru pasti berdoa yang baik-baik aja untuk anak didik mereka. Takde yang buruk, tak sampai hati ni dek non nak doa yang tak baik. Tuhan makbulkan nanti, bersalah pulak menganiaya manusia! Sekurang-kurangnya salah satu ajaran patut melekat di jiwa anak didik bukan? Takkan semua punah, masuk telinga kiri keluar telinga kanan? Jadi, apa nak jadi dengan generasi pemimpin kita sekarang...? Mengarah orang berdisiplin sedang diri sendiri leka dengan khayalan syurga buatan sendiri. Beginikah balasan kamu untuk bangsa dan negara?

Aku kecewa.

Tolonglah, somebody tolonglah ingatkan 'mereka' pelajaran darjah satu semula. DISIPLIN! ....

Notis Penting!!! Sebarkan Kpd Wanita Yg Anda kenali...

Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur Diresahkan oleh
Kejadian Mengerikan Yang Terjadi Hampir Setiap Hari. Diberitakan Ada
Seorang Pengamal Ilmu Hitam Yang Berkeliaran Di Daerah-Daerah Di Kuala
Lumpur, Sebahagian Besar Selangor Dan Juga Negeri Sembilan.



Sasarannya Adalah Wanita, Tidak Kira Muda Atau Tua Dan Tidak Mengira
Paras Rupa. Penjahat Ini Berhasrat Untuk Memperkosa 2000 Wanita Agar
Dapat Menyempurnakan Ilmunya. Sampai Ke Saat Ini Sudah Beratus-Ratus
Mangsa Yang Berjaya Diperkosanya Dan Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah
Kediaman Wanita-Wanita Tersebut.



Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan Penjenayah Ini Karena Kesaktian
Ilmunya. Cara Orang Ini Melakukan Kejahatannya Ialah Dengan
Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Nyamuk Kecil, Kemudian Menyusup Ke
Kamar Wanita Yang Sedang Tidur, Menjelma Semula Menjadi Manusia Dan
Dengan Kejam Dan Ganasnya Memperkosa Mangsanya.



Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk Menangkap Penjenayah Ini Kerana
Setelah Selesai Memperkosa Gadis-Gadis Dia Akan Menjelmakan Semula
Dirinya Menjadi Nyamuk Dan Ghaib Dari Tempat Kejadian. Sudah Beratus
Ahli Ilmu Kebatinan Dari Segenap Ceruk Rantau Termasuk Dari Indonesia
Telah Dibawa Untuk Membantu Pihak Polis Mengesan Dan Mengalahkan
Penjenayah ini.



Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang Ada Padanya Cukup Tinggi Dan Tak
Termampu Untuk Ditandingi Oleh Sesiapa Dan Hingga Ke Saat Ini Dia
Dikatakan Masih Berkeliaran Di Sekitar Lembah Kelang Untuk Mencari
Korban Seterusnya Sehingga Berjaya Memenuhi Tuntutan Ilmu Hitamnya
Iaitu Harus Memperkosa Sehingga 2000 Orang.



Bagi Wanita Yang Sering Tidur Sendirian, Mengunci Pintu Bilik Dan
Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu Tindakan Yang Bijak Kerana Dengan
Mengunci Pintu Bilik, Orang Lain Tidak Dapat Memberikan Pertolongan
Dengan Segera. Seandainya Perkara Yang Tak Diingini Berlaku Keatas
Diri Anda. Sekali Lagi Sampai Ke Saat Ini Belum Ada Yang Mampu Untuk
Mengalahkan Ilmu Si Siluman Nyamuk Ini Kecuali Hanya Ada Satu Penangkal
Yang Sangat Mujarab Iaitu :

















RIDSECT



Membunuh Serangga Dengan Berkesan.

El Orfanato


The Orphanage;
Seram. I will forever be haunted by little children's ghosts and dolls. And probably spanish language. Ok aku baru sedar ia bukan french. Tertipu oleh kata-kata puaka. Ceh.

"one two three, knock on the wall"

Meremang bulu roma! Ayat pertama yang keluar dari mulut kekasih selepas menonton ni, pengajarannya jangan cepat marah-marah. Terkena batang hidung aku. Ceh.

Yang sebenarnya kebelakangan ni aku dah tiada idea nak menulis, jadi aku cuma nak cakap. Tontonilah filem ini. Sekian.

ramainya orang kahwin bulan ni!

Ok sebenarnya minggu lepas aku pergi ke sebuah lagi kenduri kahwin, lagi. Tak habis-habis dengan kenduri kan. Pengantin lelaki merupakan rakan kekasih sejak sekolah menengah > uni > tempat kerja. Ayat pertama bila dapat bersua pengantin perempuan diatas pelamin,

"ami kenal siput yea?"

Oh kecilnya dunia, rupanya rakan di sebelah sini mengenali si perempuan 'superwoman' ni. Senior di sekolah menengah katanya. Aku cuma tergelak kecil je bila disebut nama tina sebagai siput. Kelakar okay.

Lepas tu aku curi lagi sekuntum bonga ros putih, macam di kenduri Anna tempoh hari. Tapi bunga ros Anna masih mewangi di dalam kamar tidurku walaupun sudah kekeringan berbanding bunga yang ini. Mungkin kerana ditinggal berpanasan dalam kereta tika kami membeli-belah.

Anyway, semoga berbahagia hendaknya Zahrul & Dayana!

;

Selepas menonton The Devil Wears Prada bersama kekasih di Starbucks Ikano semalam, memanglah membuak-buak rasa nak pergi membeli-belah kan. Nasib baik Ikano tak best so kami tak membeli apa-apa sangat. Pergi menuju ke Safari World/Zone, first time datang! Woo seronok lah tengok ikan-ikan yang banyak dan menenangkan. Cuma agak geli geleman melihat ular yang meliuk lintok. Urgh gila spoil. Tempat tu tiada kucing ke? Cuma dengar bunyi anjing menyalak-nyalak sebab kandang mereka dah ditutup lampu tapi tak nampak kelibat kucing. Hmmm... miau?

Di Harvey Norman hampir membuat pembelian sebuah mini hi-fi Philips yang berkotak kayu tu. Idaman untuk diletakkan dibilik, sangatlah membazir kerana bukanlah keperluan sangat dan aku pun dah tak berduit ni. Harga pun dah melebihi apa yang ada dalam bank balance. Hah!

Nasib baik bertemu Popular Bookstore walau di saat-saat akhir, sempat juga membeli buku-buku. Kalau kerana membeli buku, aku tak berkisah sangat. Pejam mata dan swipe. Nanti boleh mendapatkan pulangan cukai di hujung tahun :)

; franz kafka's amerika
; display copy only (sebuah buku grafik yang aku berkemungkinan menyesal beli)


; bought a copy of envy magazine last week

bermula lah satu kisah epik.

Ehem, lawat sini pls.

taakul/taakulan
Ar pengertian, kebolehan berfikir dgn logik, pertimbangan yg teliti, keadilan, kesaksamaan;: menaakul : membuat pertimbangan dll dgn logik: : di dlm buku-buku itu Bacon telah mengemukakan cara ~ menurut kaedah induksi; :: penaakulan: perbuatan menaakul.

mantik
Ar cara berfikir yg semata-mata berdasarkan fikiran; ilmu ~ pengetahuan tentang cara berfikir yg semata-mata berdasarkan fikiran, logik.

source: kamus dbp

-+-

gambar

Kekasih saya cakap saya groovy hari ni. Saya tanya kenapa, sebab saya sendiri tak pasti definisi groovy. Dia cakap sebab saya pakai baju bonda saya yang bonda pakai masa tahun 70-an dulu. Hah.. groovy ke namanya tu? Baju tu agak see-thru, well memang see-thru. Tapi sebab saya memakainya ke pejabat dimana kewajipan memakai vest/jaket kelabu buruk jadi saya selamat dari menunjukkan kepada dunia bra lace saya. Lagipun warna baju ni gelap dan berbunga-bunga sedikit, bertengkuk cekak musang dan berbutang di hujung lengan. Saya sisipkan pula tali reben hitam di loop kiri dan kanan baju di bahagian pinggang. Rasa bangga pula memakai baju bonda ketika dia masih muda remaja dulu, anak kelima dia ni pulak yang sebok memakainya eheh.

Hmm, minggu ni kami pulang ke kampung. Tapi ke rumah famili kekasih saja kerana bonda masih disini membantu menjadi nanny Adam & Adrina. Adrina manja, taknak orang lain. Nenek Adam yang dari Sabah tu macam berniat nak membawa Adam ke Sabah :(, sedih la nanti kalau dia takde... Adam memang nakal, baru dua tahun lebih tapi suka memanjat sana sini dan ya bonda tak mampu nak menjaga kedua-dua anak tu serentak. Kedua-duanya perlukan attention, undivided attention. Menangis jika ditinggalkan walau cuma ke dapur. Haih, rasanya aku belum bersedia untuk mempunyai anak sendiri. Kalau ya pun, aku akan pastikan mereka membesar di rumah yang selesa dan luas. Ouff, rasanya terlalu awal untuk berfikir hal begini.

ps: hari ini ada orang cakap aku lebih comel dari si gadis baru yang comel di pejabat sebelah. ahah, terima kasih!

pps: yes! dapat movie the orphanage dari puaka. tengah minta dia download paris j'etaime & teeth :)))

shoot down

We're facing a problem here Houston.

Sebuah komputer yang digunakan di barisan produksi seringkali mengalami auto shutdown. Puncanya masih tak diketahui samada melalui thumbdrive yang mempunyai virus atau melalui network. Yang pastinya ia mengganggu kerja yang dijalankan. Setelah menjalankan kajian pendek, didapati bahawa sememangnya virus ini boleh dibina sendiri oleh sesiapa sekalipun. Siap ada sebuah blog yang mengajar langkah-langkah untuk membuat virus ni. Cis! Agak menyusahkan lah apabila virus itu cuma memberi masa 1 saat untuk respons kepada tindakan auto shut-down tu. Jika tiada jalan lain, maka format saja lah komputer tu. Diharapkan masalah ni takkan berlaku lagi. Yeah rite.

Perhaps I should add, the virus's name is W32.Imautorun and it disguises itself as msn.exe or photo.zip in your C:\Windows. It will auto shutdown your pc if the command prompt is started, in this case everytime you start your pc. We were able to start the pc by using diagnostic start-up (thanks to Fazlee). I then updated the virus definition and scanned the whole pc. In which I found the files 'photo.zip' recognised as W32.Imautorun in C:\Windows. Every action taken by the antivirus failed. So I decided to restart the pc and start on Safe Mode. Scanned and still the virus could not be removed. Then as suggested by Symantec, I downloaded the reset file for registry edit and run the file on the infected pc. Restarted and scanned, voila! Delete succeeded!

But, when I tried to open the command prompt, this came out, with 1 second response time before it shutdowns the pc.

Yay. I FAIL. If only there were enough time I would've been able to reach Start > Run and type shutdown -a before the time runs out.

Apparently we're dealing with multiple viruses here, or so I think.


Ahah! I've found a solution. It seems that everytime I tried to open the command prompt, the virus was activated. Therefore I tried to change the directory of command prompt's shortcut. Which lead me to this. All I had to do was go to Registry through Start > Run > regedit and find this:
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Command Processor




and delete the autorun value. Once again, voila! I tried to find the file pc-off.bat in C:\Windows but to no avail, it could not be found (despite unhiding hidden files).

So, yay me!

p/s: this is not what i do on a daily basis.

ddddaily shits +foodsss +cat

Ah penatnya! Seminggu dua ni aku biasakan diri datang kerja seawal 6pagi dan pulang selewat 840malam, terutama sekali sejak mendengar berita kenaikan harga minyak -selain dari patuh arahan bos supaya ada orang standby seandainya berlaku masalah di baris produksi-, aku perlukan wang doh! Ya, diakui aku diantara mereka yang bertuah dibayar untuk setiap jam overtime yang dibuat. Ada bagusnya kompeni ni, sekalipun ia terletak di ceruk negeri.

Menyesal pula aku browse ke sana dan kemari melihat butik-butik online yang ada, pastinya aku tiada peruntukan untuk membuat pembelian sewenang-wenangnya. Wang aku cuma cukup 100 sahaja seminggu sehingga hujung bulan -selepas ditolak wang kenderaan kesayangan. Jika diikutkan, sudah negatif kerana pinjaman kad plastik yang belum dibayar. Ah itu tak mengapa, asalkan aku belum kena bunganya!

Tiba-tiba teringin pula untuk membuat kek cheese oreo, tapi aku tiada ketuhar pembakar. Dulu aku sangat rajin membuat kek batik aka kek biskut marie lalu dibawakan ke opis. Memang kegemaran rakan-rakan, mereka lah kata aku dengar je :P . Cuma untuk kek oreo ini, dimana ya boleh dicari krim keju? Ada ya di bahagian beku di cold storage atau carrefour? Mulut aku kepingin makanan yang manis ala oreo dan masam likat ala keju. Mengada kan, biasalah bila nak tiba kitaran haid, yang pelik saja diingginkan.

Tapi, teringat pula kuay teow special depan pasaraya OKT di Puchong Prima tu, ala dekat rumah si Tompok. Enam ketul udang! Beberapa biji kerang! Kuah yang pahit arang manis udang dan telur! Umph, nyum. Lain kali saja, malam ini tidak mungkin. Esok masih perlu clock-in jam 6pagi lagi. Aku tidak mahu terlalu kepenatan.. walaupun hakikatnya memanglah penat kan?

bukan gambar tompok, tapi kucing di kedai kuayteow depan OKT.


Kucing tak elok makan udang, betul ke?

ja ja ja ja ja

Kekasih hati saya dah pulang dari Jepun!! Yay! *berjoget*
Sebaik saja pulang, dia terus mencuri aku dari pangkuan gadis-gadis di Subang. Hee, rasa sebegitu lama tak berjumpa. Dia kelihatan semakin 'sihat' penangan makanan sedap di Jepun, cis jeles! Nasib baik dia membawa pulang cenderahati untuk aku! Gadis-gadis pun dapat juga barangan dari Jepun, maaflah tak seberapa :/

Gambar Pink Dunhill + souvenirs lain tak ditangkap. He said the theme for my gifts is "The Beat", awww....
Uyeno Eki Tokyo Signature Limited Edition TeeGreen Day signed Tee untuk dirinya(berwarna hijau sang tentera, tiada dalam gambar)
Aku paling suka wangian dan jam yang diberi. Jam Swatch Skin .beat yang diberi telah funk up outfit aku, tak sangka aku boleh menggayakan jam seumpama ini. Eheh.

Anyway, terima kasih sayang!

ch ch ch ch ch

Aku rasa hujung minggu lepas paling menggembirakan. Lama tak berjumpa dengan perempuan-perempuan yang comel, tua matang dan nerd tu. Walaupun tak dapat bercengkerama di rumah budak nerd tapi nasib baik aku terbawa pulang kad pengenalan kakak kuantan jadi berulang juga jumpa mereka pada hari Ahad.
Anyway, sabtu di +Wondermilk di event Kurasa Something, a charity gig. Kami tiba awal selepas ibubapa shuz membelanja kami makan tengahari di Chicken Rice Shop kemudian encik majin menjemput kami untuk ke +Wondermilk. Kami tiba awal, lebih kurang jam 4:30 petang. Sempat membeli baju berwarna kuning Kurasa Something tapi saiz kecil la! Betul kata John, I am fat. Nak tukar! Hmm... menghantar Kak Rona pulang ke pangkuan Arif di Bangsar pada hari Ahad.But all is good, kami stay sehingga jam 7 petang di +Wondermilk kerana harus bergegas bersiap-siap ke Kelab Shah Alam dimana majlis perkahwinan Intan Suhana diadakan :)

Tahniah Anna!!

p/s: seperti biasa everything else on facebook :)

ni

picture credit to Tim Walker via Hoy Fashion.

2
more days!

mutant-mutant yang menghantui mimpi aku

I am extra tired this morning because I couldn't sleep between 2am dan entah jam berapa. Mimpi dan bunyi-bunyian rawak membuatkan aku separuh tidur separuh terjaga. Bunyi yang menakutkan, pintu grill rumah aku seperti digoncang berulang-ulang kali, cermin tingkap diketuk perlahan-lahan... tapi aku pasti semuanya hanya minda aku yang kurang rehat dan udara untuk bernafas. Terlalu khayal untuk memastikan segalanya. Lalu menjebakkan aku ke arah mimpi yang tak pasti, sebuah rumah cantik, seperti di atas bukit kecil, taman yang luas dan bertasik, berjambatan kecil.. Cantik, sesuai untuk sesi fotografi, kata hatiku. Hebatnya rumah sewa aku, kata hati kecilku lagi. Tapi, something is wrong.. we can not go outside unless if it's in day light atau sebelum 10 malam. Jika tidak makhluk-makhluk pelik akan datang mengerumuni, wanting to touch wanting to be loved wanting to be saved.. Makhluk manusia berkepala kuda berbaju gingham dan pelbagai makhluk berupa mutan antara manusia dan binatang yang kelihatan begitu melankoli dan terluka. Walaupun mereka tidak mencederakan sesiapa, namun kelihatannya tuan rumah melihat mereka sebagai satu nuissance. Kami keluar jua, hampir 10 malam.. melangkah keluar menuruni tangga, kelihatan makhluk-makhluk itu mula merapati.. Berjalan seperti biasa, kami menuju ke kereta tua ala 70-an berwarna biru muda, tak pasti model apa.. makhluk-makhluk tersebut terkedek-kedek menuju ke dalam kereta juga, membuka pintu dan masuk duduk. Tuan rumah memujuk dan menghalau secara lembut, saying we love you please come out you know we do love you, tampak aneh bagi aku. Pastinya aku agak ketakutan. Namun pujukan itu yang pastinya berjaya... Deruman enjin mengejutkan mereka sedikit tapi mereka tetap memegang tingkap dan merengek meminta tolong. Tolong apa ya? Entah tak pasti..

Kemudian alarm telefon bimbit berbunyi.

5:35 pagi.

Haih, masa untuk bangun memulakan hari...

tihssihtkcuf

With the recent fuel hike announced by our ever adored Prime Minister, I can only dream of owning the things I've recently gathered into a wish list. I mean ofcourse with this higher price of fuel, every thing else will follow suit. And soon there will be no more power of buy and bargain. I want to migrate. To another country, come with me?

Haih..

Luckily John has never fail to make me laugh.

&




Saya rindu teman lelaki saya...

ready for some loooove~

3 MORE DAYS!

sesekali pergi menghabiskan duit

Ada apa dengan Steve Madden? Hmmph! Sandal di atas telah membuktikan kaki aku leper dan kembang macam itik. Tidak mahu. Semalam hari Bowling Tournament untuk kompeni aku. Aku datang awal kononnya nak cuba membaling sekali dua tapi freaked out lalu memberi peluang Yoyo untuk praktis. Bosan melihat mereka bermain aku pergi ke berjalan dengan perut lapar. Si gadis tengah hangat bercinta pergi makan bersama sang tunang dan mendapatkan aku setelah kekenyangan makan masakan ibunya. Kemudian kami gerak ke sebuah salon yang aku pernah lihat membuat servis manicure & pedicure. Si gadis kan akan naik pelamin hujung bulan Oktober, jadi inginlah dia membelai kuku di tangan dan kaki. Aku pun turut serta membuat pedicure dan tidak manicure kerana tangan sibuk mengunyah jejari kentang McDonald's.

Agak menarik, pertama kali aku lakukan pedicure. Si gadis sehingga luka berdarah jari tangannya, wow. Seronok dibelai sehingga tak sedar masa berlalu. Tambah lagi melihat kuku yang dah berkilat digilapkan dan dititis Vitamin B. Mmmm..nyum.

Rasa nak pergi shopping lagi.. Oh, pakaian untuk kenduri Anna masih belum dicari. Jika tidak, kebaya biru raya tahun lalu aje aku balun.