Pages

instagram

I AM FEMALE MAGAZINE GUEST BLOGGER

Vintage Feeling

Hari ini baru aku terasa seperti ingin menulis, hari-hari kelmarin berat rasanya hati. Aku masih memikirkannya, tentang aku yang bacul menyusun ayat mengenai dia. Blog dia tidak lagi aku kunjungi kerana aku rasa sedih dan bersalah. Tiada makna pun perbuatan aku tu tapi perasaan aku menolak untuk pergi ke sana. Ingin saja aku menghantar teks pendek dan mengajak reconcile. Ini umpama satu ketika dahulu, aku yang menjauhkan diri tatkala ku rasa tidak diperlukan atau selepas satu insiden yang membuat seorang sahabat kecewa, walaupun yang sebenarnya bukan salah aku namun aku yang melarikan diri sudah cukup untuk meninggalkan kesan pada dia. Dan aku masih tak berupaya untuk bercakap dengan gadis itu dalam tona yang sama, begitu juga dia terhadap aku. Berpanjang-panjang lebar soalan dan penerangan dibolak-balikkan pabila beberapa tahun kemudian aku tekad menghubungi dia melalui friendster. Tiada yang sama sejak itu. Kami tidak akan bergerak sehaluan, gadis itu nekad membenci aku.

Tulusnya aku tidak ingin perkara yang sama berlaku dengan lelaki itu. Mampukah aku?

I had nothing to begin with, and now after that act of speaking callously, I still have nothing; yet I felt lonelier and lost than I was before.

Ah, mungkin aku terlalu banyak berfikir.

Yang sebenarnya perenggan di atas bukanlah tujuan aku menulis hari ini, aku ingin menyatakan kegembiraan aku. Aku dah berjaya memenangi bid di Ebay untuk dua biji Smena 8m Lomo. Aku hanya perlukan satu tapi dah termenang dua pula, jadi yang lagi satu itu aku akan jual kepada yang berminat. Tak mengapalah, aku ambil yang lebih mahal sedikit sementelah aku yang careless. Penjualnya dari yang sama saja tapi aku ragui dia akan faham jika aku menolak untuk membayar sesuatu yang aku dah menangi, he's a russian with a deep heavy accent! Should I blame him? Heh.. Yang pastinya aku teramat gembira dapat memiliki salah satu kamera Russian yang vintage. I can't freaking wait to have that bitch in my hands!

Hahahahahahahahaha!

disaster/theclosure

Kami pulang sebaik saja Killeur Calculateur habis persembahan. Bila dah masuk kereta, start engine dan mulakan perjalanan pulang rasa terkilan pula tak menonton sehingga habis. Yelah, dah alang-alang menyeluk pekasam, biar ar sampai masam kan? Tapi tak, awal-awal dah cabut.

Some photos I took, more to be uploaded tomorow on facebook.

This Is How My Heart Behaves

hari ini tersangat melankoli.
tersangat.
tersangat.
tersangat.
terlalu.
terlalu.
terlalu melakonli.

dan ianya tak membantu aku asik mengulang-ulang a fine frenzy hampir kekasih dan lagu-lagu feist. aghh!! apa kejadahnya aku ni?

arghhhhhhhhhh... FUCK!










semoga esok membawa lebih makna.

36 Bagam Lalam





Ok, aku tarik kembali kata-kata aku di sebahagian Cinta Bercabang Lapan. Aku pulang kekenyangan semalam, walau tak sekenyang selepas RM35 Buffet di Bangi Golf Resort. Terus masuk bilik dan tidur dengan baju yang ku pakai ke pejabat. Pukul 2 pagi baru aku sedar aku masih berskinny jeans, tube top dan baju tunic berlubang-lubang. Cuci muka, tanggal jeans dan tidur kembali.

Sajian di tempat tu agak baik dan berada dalam kemampuan aku. Aku sangkakan mahal gila memandangkan ianya makanan laut. Lagipun, gadis tu dah hulurkan kad plastiknya dahulu tika membayar bil, mereka kata tuan yang mengajak tu pun akan hulurkan sikit subsidi.

Edit:
Memang mahal juga!! Aku silap pandang bil semalam, ku sangkakan RM120++ rupanya dua kali ganda. Di saat-saat genting ni, 40 sen pun ceq berkira hang tau dak. Hmphhh.... Tak mengapalah, masing-masing perut kenyang :(

Makanan yg dihidangkan:-
1. Sirap limau
2. Nasi putih
3. Kangkung belacan
4. Kalian ikan masin
5. Tomyam campur
6. Pari bakar
7. Udang goreng tepung
8. Ketam goreng cili
9. Jenahak 3 rasa
10. Siakap masam manis
11. Sotong goreng tepung

Total -> RM235.80
Govt tax 5% ->RM11.79

Big total -> RM 247.54 / 6 -> ~ RM 41.30 (seorang)
Melihatkan gambar di atas, kami sudah pasti perut siapa paling maju kehadapan.
Mwahahaha.

I'm Sorry

Hari ini seseorang bertanyakan kepada aku tentang seorang rakan. Seharusnya aku diam, dan menyatakan bahawa dia patut bertanya kepada empunya diri. Tapi tidak, aku petah berkata-kata. Aku luahkan sejujur-jujurnya, tanpa mengira hati dan perasaan rakan aku yang merupakan subjek utama kami. Naif sungguh aku.

Seharusnya aku tidak berbuat demikian, namun ku lakukan jua.
Aku menyesal, bila ku ceritakan kepada rakan ku itu, dia marah.
Dia kecewa.

Oh tuhan, apa yang dah aku lakukan?
Aku... ah shit!

Aku minta maaf.

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak bahasa buruk padahnya.

John, maafkan I?

33 Proved Guilty

Argh bersalah!!

Aku rasa bersalah. Berat dada ni menahan beban. (wei bukan beban tu, itu tak pernah jadi beban aku you pervert!).

Semalam aku seperti biasa sebagai penghuni utama rumah sewa aka apartment tingkat 3 (cewah) tu menyemak kotak pos sekiranya bil-bil air dan api dah sampai.

Bil air.. oh biasa la nih. Eh, RM58??!!
Seumur hidup aku di apartment 3 bilik + 2 bilik air yang cuma 2 bilik + 1 bilik air je digunakan tu tak pernah pula bil air mencapai tahap tu. Selalunya cuma belas-belasan atau paling tinggi pun dua puluh saja. Jumlahkan bil air dengan bil api pun tak sampai macam tu sekali!

Logikanya, aku tinggal bersama seorang lagi gadis. Berdua je. Masak? Gadis berkerjaya seperti kami ni mana lah ada masa nak memasak. Masak air ada lah! Itu pun tak perlu bergelen-gelen untuk tahan beberapa bulan. Mandi? Aku bangun pagi pun pukul selewat 7pagi, habis mandi 15 minit je sudah. Gadis tu 15 minit kemudian pun sudah selesai shower. Mandi malam tu usah cakap la, kadang-kala pulang lewat badan penat usai mencuci mekap di wajah saja aku dah pengsan di kamar tidur.

Ni mesti pasal air misteri yang mengalir-ngalir keluar dari lubang paip dinding bilik air tu. Tak guna.

Seperti yang kujangka, gadis tu pun merayu aku menghubungi tuan rumah. Dah banyak kali dah dia suruh, tapi aku buat dek je. Ah shit la, aku malas sebenarnya berurusan dengan kakak tu. Tapi.... dah memang pekerjaan aku sebagai penghuni utama.

Jadi aku pun mengutarakan masalah kemungkinan paip air bocor di rumah kami kepada kakak tersebut melalui sms. Kemudian aku terus menyimpan telefon dalam laci. Konon takut la. Kakak tu pun membalas sepantas kilat, ewah cam tau-tau saja aku takut. Kakak tu mengeluh dan mengkhabarkan keadaan dirinya yang sedang sarat membawa sekarang, mungkin esok saja dia uruskan. Aku pun gembira dan membalas maaf dan terima kasih kepadanya.

*simpan dalam laci cepat-cepat*

*bunyi sms masuk*

Alamak, apa lagi la ni? "Tunggakan tu boleh bayar tak... blablablablabla"

Isk, dah agak dah. Aku baru teringat sebab kenapa aku mengelak dari bertembung atau menghubungi kakak ni. Deposit bilik sewa RM200 belum berbayar. Sedar tak sedar dah setahun aku berjaya menangguhkan pembayaran. Rasa bangga pun ada, kasihan pun ada. Tapi aku pun sedang sengkek gila babi sekarang jadi aku cuma memohon ampun saja pada kakak tu dan aku janji(palsu) akan membayar extra bulan hadapan.

*tit tit*

Ya! ampun apa lagi! Kakak tu merayu, katanya perlukan wang standby untuk bersalin. Dia dah dahulukan wang dia kepada bos untuk deposit aku. Bos tak tahu ada tunggakan. Alaaaaaaaa...

*garu kepala*

BERSALAH BERSALAH!

32 Gone Under

Jejaka botak dan aku berbincang mengenai perancangan untuk bercuti di luar negara. Setelah diselidik kembali taraf harga pakej Air-Asia, terasa tertipu pula kerana harga yang murah belum lagi dimasukkan jumlah cukai. Kami cheapskate, tak mahu menggolok-gadaikan wang yang ada hanya untuk pengangkutan & penginapan, lebih baik guna wang tu untuk membeli-belah.

Jadi kami berfikir samada mahu ke Bandung, Singapura atau Thailand? Singapura seperti tidaklah syurga membeli-belah sangat tapi boleh tahan la untuk berjalan-jalan. Thailand sebenarnya aku macam takut nak kesana, jika tak tahu berjalan atau tidak berhati-hati takut benda yang tak elok or berbahaya berlaku. Ye la, aku penakut! Bandung... hmmm, kekasih adik lelaki jejaka botak tinggal di Indonesia, ada kemungkinan boleh minta jadi tour-guide atau memberi informasi-informasi yang penting dan best.

Tapi, semalam aku baru mendapat berita bahawa di flea market di The Curve, salah seorang penjual baju di situ (rahsia!) merupakan adik kepada rakan sekolah jejaka botak. Dan mereka sering berulang-alik ke Bangkok sehelai sepinggang dengan menaiki keretapi di hujung minggu, dan memborong pakaian di Bangkok dengan harga RM10 sehelai. Membawa pulang berguni-guni baju.

Woah, I am so THERE!

Perkara ini telah pun dibincangkan dengan Nong, dan dia ingin mengikut aku membuat some serious shopping trip to Bangkok. Aku sangat tak sabar. Tarikh maseh belum ditetapkan.

But, BANGKOK.. here i come!

p/s: any tips on backpacking/hippies trips to Bandung/Singapore/India etc? pls share.. tqvm!

31 Click Flick

Ah, akhirnya aku berjaya memuat naik gambar-gambar tika di Jepun. Perkara yang membuatkan aku berhenti adalah limit 100mb untuk bulan ini. Aku rasa agak mustahil jika hanya 100megabytes sahaja untuk setiap bulan dan terhad kepada 200 gambar (most recent) sahaja dipaparkan, namun apakan daya, akaun pro untuk Flickr teramatlah luar jangkauan.

Mungkin, jika aku berfikiran kurang siuman tika mendapat bonus nanti bolehla kut aku mengisi borang menaiktaraf akaun.. Tapi, arghh USD25 banyak tu.

Untuk muatnaik gambar Jepun yang selebihnya harus menunggu 1st of May. Kemungkinan besar gambar jejaka botak di Barcelona akan dimuatnaik juga nanti. Nantikan kehadirannya.

May 01, 2008.

Cewah.

p/s: muh flickkkkrrrrr

30 Last Weekend


*tenangkan diri*

Hujung minggu lepas dihabiskan dengan:
- menonton movie non-stop, 330am friday till saturday noon.
- sambung tidur
- late lunch kat Fariz Maju
- said goodbyes to Adik & Firdaus. Tahniah kepada Adik dapat kerja tu!
- lepak kat Nu'in, melayari internet sambil nikmati popiah ngan teh tarik ipoh. Sedap sial!
- alter poket jeans Zara.
- pengaruhi si botak main cameroid.
- jalan-jalan naik motor, woo lama dah tak naik motorsikal tua nih. besh malam2 sejuk sikit.
- minum kat limau nipis, hampeh ayaq mahal.
- gaduh kecil2an. money is the root of all evil?
- tidoq.
- basuh baju.
- pi bekfes.
- lipat baju yang 8 bulan tak lipat sambil layan movies. dah lipat, tak muat-muat pulak almari. shit.
- tangkap gambar untuk possible clients selltrade. hang tak beli jaga hang! j/k.
- layan movies(brokeback mountain wtf?)
- layan webcam.
- layan sejuk-sejuk hujan dok celah selimut.
- turun bawah pegi dinner kat fasa 1. satay kajang o yeah.
- lepak kat nu'in layan internet sampai bateri laptop abes.
- layan movie sekerat (duane hopwood)
- tidoq.

also, wtf is this all about??

*tenangkan diri*

29 Budget Plan


I fucked up this month's budget.

And I hardly know where the money went. I hate this. I was not suppose to spend on the first and second week of getting the salary because I don't wanna end up being broke before the end of the month! Last month at the 2 final week before dapat gaji, I was able to buy four pairs of shoes all different kinds of 'em wedge, gladiator, sneakers and a closed toe flat. And I get to buy a crazy ass pricey blusher a day before I get my salary. All because of the plan!! But now, I've fucked up the budget plan, and I dah terjerat tengkuk. You tau kan?

Budak uitm balik cuti, and aku tak boleh teman dia potong rambut ala Posh sebab 1) kereta kat workshop, and honestly 2) aku dah pokai. Benci lah.

Lagi 2 minggu untuk gaji (+ BONUS) keluar. Tak sabar rasanya. Part of the money ofcourse goes to the thundercats-are-go fund. No, not the baby delivery. The perfect wedding. Eheh, lambat lagi. 2 years. And some I'd buy something for me, probably a watch. I don't have one anymore since the last pink XOXO one kinda look icky after absorbing sweats and stains. Urgh.
CEPATLA 2 MINGGU BERLALU~

I watched a bunch of movies last weekend, Pulp Fiction, Glory Road, Charlie Wilson's War, Dead Man on Campus, Sweet November, Memento(?), 27 Dresses................... etc. And also I played dress up with the webcam. Ahah, so pathetic. Y/N?

Whatever.

28

Sigh.


Hujung minggu ni 'patah kaki'. Kereta hantar pi workshop. So aku ada list of things aku kena buat sepanjang dok kat rumah tu. Dah lama gila tak lipat kain and kemas bilik, malam balik dari balai polis tu ja tetiba aku sapu bilik and pasang sarung kat comforter. Baru rasa lega sikit. Selalu aku balik rumah nak mandi and tidor ja. Tak sampai 24j am pon melekat kat rumah dah kluar balik. Hujung minggu ni time to pamper myself.

"I never realize how much I like being home unless I've been somewhere really different for a while."- Juno McGuff

Kesian Wan Qamariah R kami :(


Hari ni aku gilanya takde mood.

Sejak dua menjak ni aku teringin makan chocolatey foods dan aku suarakan kehendak aku pada si driver. Tak sangka pulak aku selepas menghantar aku pulang ke rumah semalam, dia menuju ke Secret Recipe sebelum gerak ke dinner department dia. And then tengah malam aku mendapat call..

"Nak tau, i bought you a chocolate cake from Secret Recipe..."
"YE KE!! Eeeee baiknya!"
"Yeah, ada satu benda lagi.."
"Um hum?"
"Kereta kita kena langgar....."
"HAH!!????!!"

Selepas beberapa minit of silence.. dia menerangkan bagaimana kereta kami tiba-tiba dilanggar di simpang masuk masa on the way ke Secret Recipe. Hujan, gelap. Kakak tu keluar mintak maaf, anak-anak dia keluar dari kereta and nangis dalam hujan. Kakak tu cakap husband dia takde, dah la baru lepas gaduh ngan husband. Dia mintak settle this morning. Si driver pun berlembut hati setuju aje selepas bertukar-tukar business card.

Mendengarkan semua tu, mengalir air mata aku. Hujung bulan lepas, tayar kereta kami pecah. RM170 nak beli tayar baru and alignment/balancing apejadah. Itu takpela aku terima je sebab salah kami mungkin, jalan slow pulak time kat tempat lubang durjana tu. Takpe dah nak kena. Tak sampai dua minggu ..ini pulak?? Tidur aku terganggu sepanjang malam, marah sedih kecewa risau bengang semua ada. Aku tumbuk-tumbuk bantal tidur. Marah sangat, sakit hati tak terkata. Bengkak mata aku bila bangun sebab kurang tidur and menangis kecil.

Bila dah pagi kami decide tak nak masuk kerja and settle kan semua masalah ni, mintak kakak tu bayar and tak perlu report polis. Tak terkata rasanya, masing-masing senyap je dalam kereta.

"Hello, assalammualaikum. Ni Puan Habibul Aziz ye?"
"Ye, ni budak yang langgar kereta saya semalam tu ye?!"
"Eh!"
"Takpe-takpe, pukul 9 karang kita jumpa. Skang saya nak hantar anak pergi sekolah ape sume."
"O, ok. Jumpe kat tempat accident semalam ye?"
"Nanti saya call awak balik."
"Ok."

BABI. BABI COCKSUCKING SWINDLING SLITHERING MADAFAKER BITCH.

Seperti yang dijangka, dia dah pusing cerita. Mesti dia dah cakap kat husband dia yang si driver langgar her car. Rrrrrrrrrrite. Bila berjumpa, aku tengok kakak tu bukan main baik pakai tudung labuh litup, berstokin dalam sandal, berjubaha separa lutut dan slack. Senyuman dan salam erat dihulurkan, aku sambut. Tapi aku seperti tau kemana halanya perbincangan ni.

The husband who was not there yang bercakap lebih banyak dari sepatutnya. "O, saya pun tak tau la berapa harga pintu kereta saya kan. Tapi kita boleh pegi estimate."

WHAT.

Dengan mengugut bahawa berdasarkan kecederaan kereta masing-masing, kereta kakak tu paling teruk kena dan kalau bawa ke balai polis sudah pastinya mereka akan menang. Kami tak puas hati, abang tu menuduh kami yang meminta tangguh dari settle malam semalam. FITNA!

Abang tu menuduh kami yang melanggar kereta dia walhal bini dia sendiri terus keluar dari kereta memohon-mohon maaf. FITNA!

Kakak tu siap lukis lakaran peta dan kedudukan kereta kami yang dah diputarbelit. FITNA!
FITNA! FITNA! FITNA!

Ok kalau camtu kita settle la kat balai. Abang tu cakap dia nak buat report petang, tak nak buat report sama-sama coz dia ada hal.

Ok FINE. Tengok2 bila kami sampai balai polis, perempuan durjana tu dah ada kat sana. Lidah bercabang macam ular.

Buat repot.
Jumpa Sarjan, terangkan kejadian.
Tangkap gambar kereta.
Pergi tempat kejadian bersama Sarjan, tangkap gambar kejadian.
Belanja Sarjan dan rakan-rakan makan nasi beriani Ghazal. (Terpaksa la kan, since dah memang lunch hour. Melayang RM50.)
Balik.

Jam 3 lebih, Sarjan dah call..

"Aku dah kompaun pempuan tu, biar padan muka dia!"...


HAHAHAHAHHAHAHAHA, who has the last laugh now BITCH?
p/s: sedikit sebanyak puas hati aku, walau sedikit sedih sebab kereta baru dah tak berapa baru. kesian WQR. kesian Wan Qamariah R. Sob sob sob li....

25 Red Chocolate

Girls,

Anda tau bagaimana perasaannya terasa anxious, tak sabar, emo tak melulu dan sensitif apabila semakin mendekati kitaran haid? Dan apabila ianya tiba, saat bila anda terasa sedikit kebasahan di bawah tu, serta-merta perasaan lega membanjiri benak kepala. Pernah tak rasa macam tu? I know i always do, like every month. Haha.

Hanya kerana sekurangnya-kurangnya ada penyebab kenapa perasaan terlampau bercampur-baur, kenapa sejak akhir-akhir ni kuat sangat makan, kenapa suka sangat sensitif sampai ternangis depan opis mate jantan, tak tahan sejuk tiba-tiba dan pelbagai la fetish yang timbul tak semena-mena.

Rasa lega bila ada fall back. Like oh, it's just my hormones.

Dan kemudian kehidupan kembali ceria dan bersinar gemilang bagaikan refleksi cermin tingkap bangunan sebelah. Lalu boleh kembali terus membuat kerja dengan happy dan makan sebanyak coklat yang mungkin whenever I want to.

Heh.

Alasan yang timbul bila housemate pulang dengan timbunan coklat dari Langkawi.

O yeah, food sex.

Come to mama, my dark precious goodies.

24 Sick Bay


Semalam aku pergi melawat bayi comel ni, dia kena demam panas and ditahan di wad sehingga Isnin depan(!). Lama sungguh bagi makhluk sekecil dia kan. Susah nak jaga dia pulak tu. Asyik nak berpegang je, dan oleh orang yang dia kenal je pulak. Memilih you! So kesian la bonda i yang baru menyambut birthday semalam tu terpaksa menjaga baby ni sepanjang hari and diganti oleh mama baby ni ketika waktu malam. Tujuan sebenar aku ke sana sebenarnya nak menghadiahkan bonda kek birthday tapi tak sangka pula bonda masih di hospital. So kami tiba pun dah malam dan luar waktu lawatan pesakit maka tak boleh berlama-lama dalam wad pediatrik tu. Sempat aku menyuakan baby dengan anggur dari kek tu je. Hehe.. baby girl kuat makan. Macam auntie dia!


Anyway aku harap girl cepat sembuh and tak sakit-sakit selalu. Kesian kat opah tau nak tatang awak macam minyak penuh sepanjang masa. Paham tak?


.
.
...
...
...
.
..


Ok?


Okay.



Good girl.

23 Cam Snaps

Jumaat lepas, si driver berjaya get off early dan membuat keputusan untuk berjumpa Bernard di City Bazaar (depan Pertama Complex) untuk repair button Hold PSPot dia. Aku yang suka berjalan, lagi bertambah suka sebab tak berapa sesak jalan dari Bangi to KL. Bernard cakap tak boleh repair rite away coz kena tunggu 2 minggu sebab banyak sangat orang hantar skarang. Si driver lak tak leh berenggang langsung ngan PSPot tu taknak la... burn satu dvd games pastu pegi Pertama Complex. Dah pukul 9lebih pun time tu so most kedai dah nak tutup but berjaya jumpa satu kedai abang jual t-shirt bands. Kool lah abang, angkat satu ya!

Sabtu lepas, si driver dah ditakdirkan tak mempunyai kerja yang berlambak like he used to sejak projek TV tu tamat. So, no more OT hujung minggu, lagi pun aku pergi untuk hog internet sambil menonton movie je. Heh. Kami berbincang untuk kemana menghabiskan masa weekend. Perbincangan menjadi pergaduhan sehingga dah sampai highway boleh patah balik ke Bangi sebab kononnya nak ambil kupon freebies Clinique yang dia tertinggal kat rumah. Aku dah cadangkan nak pegi Tugu Negara untuk Free Hugs or The Threads Zoo untuk cuci mata dan poket dan ofkos Arrrriiii Bunderrr. Tapi semua cadangan ditolak sampai aku mencebik. Cis semuanya taknak abes nak ape?!

Finally bila dah ambil kupon, aku pula tak nak ambil freebies tu sebab kena call kakak Clinique and set appointment pastu jauh nun kat Papillion. Tak kuasa nyah redah kesesakan lalulintas. Pastu berjaya juga mencapai kata sepakat kami menuju ke The Curve. Jalan-jalan kejap lepas tu kami lepak kat Borders. Hehehehehehe dah lama aku nak menggunakan satu benda ni. Akhirnya!

Lawati www.cameroid.com/snap.php untuk menggunakan ini. Hanya jika anda tidak mempunyai Mac. Yeah, pathetic.

22 Lil Birdy

Anak-anak burung di ampaian rumah di balkoni rumah sewaku... Video ditangkap oleh rakan serumah, disyaki di waktu Maghrib.
video

video

Alalalalalala tomel nyeeee........ ^-^;

Happy Birthdays!

Selamat Harijadi ke 58 bonda... Semoga bonda dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga bonda dikurniakan hati yang tenang dan kehidupan yang gembira. Semoga bonda dilimpahi kemesraan anak-anak dan kemeriahan cucu-cucu. Semoga bonda ... ampunkan segala kesalahan anakanda yang tak sayangkan mulut ni, yang terpaksa memerah keringat bonda itu, yang ketagih sisa-sisa harta arwah ayahanda dan ketagih laknat masyarakat tu, yang asik dengan keluarga di timur sana tu, yang terlampau sibuk menanggung hidup anak dan suami pemalas tu, dan ampunkan si kecil yang masih belajar tu. Semoga bonda masih menyimpan ruangan untuk kami meminta simpati.. Selamat Harijadi bonda..

Happy Birthday Li (6th April)

Happy Birthday Roe (7thApril)

19 Cold Cash

Sejuknya hari ini..

Baju sweater hitam yang mr driver belikan kat Spain tak cukup nak menjadi penebat haba. Aku dah pun diserang selesema. Srrttt.. Srrttt.. Urgh menci. Kalau nak ikutkan sememangnya setiap hari musim sejuk di opis, terutama sekali sebab kedudukan meja aku membelakangi pintu bilik server, yang bersuhu 13°c sekarang. Brrr.... Tapi keadaan sejuk diburukkan lagi dengan cuaca cerah di waktu pagi, hujan lebat di waktu petang. Setiap hari perlu pakai lengan panjang, dua lapis atau sweater and pants. Tak boleh dan jangan harap nak pakai skirt atau leggings, gerenti demam. Mana aku tau? Dah pernah try dah...

Seperti biasa jam 12 aku ke kantin depan, teng teng teng kakak jual gelang hari tu ada... Macam yang korang dapat teka, RM10 aku tergadai. Isk gatal je tangan nak membeli. Putri pun siap terpengaruh beli 2 gelang dan tak dapat dibendung lagi borong brooches. The housemate pun sama, borong 2 pasang brooches. Katanya nak bagi auntie dan kawan.... yeke? Macam talak pecaya woo.. Hahahaha. Isk isk isk, aku geleng kepala je.

Baru 3hb, gaji aku dah tinggal ratus2 je. Sedih, konpius, musykil, takut dan cemas. Aaaaaaaaaak.... tension! Kan bagus tiba-tiba aku menang loteri.. ..

p/s: tolong visit minicity saya...

18 Ko Ko

Jadi akhirnya aku sememangnya tak pergi ke debut Koko Kaina. Sasha did. And he was more than happy because apparently ...

dark_prince82 (4/3/2008 9:16:04 AM): can't believe you didn't go laaa
dark_prince82 (4/3/2008 9:16:04 AM): tak ramai sangat semalam
dark_prince82 (4/3/2008 9:16:04 AM): tapi i was like the noisiest fan there
dark_prince82 (4/3/2008 9:16:21 AM): dia on stage performing siap tanya nama aku...am i a subscriber to her channel
dark_prince82 (4/3/2008 9:16:57 AM): when she heard i said yeah i am...she responded "i love you"...pergh!!

Saya "....." (what's jealous in malay?)

Dan lagi, kawan Sasha kenal minah tu dan mereka study di UiTM bersama-sama. Jadi lepas performance Koko Kaina, dia lepak sekali dengan Sasha and friends. I could have been one of that friend. Chit.

dark_prince82 (4/3/2008 9:26:03 AM): she played about 8 songs..
aemiiography (4/3/2008 9:26:25 AM): tak sangka dia nak wat debut
dark_prince82 (4/3/2008 9:26:26 AM): a familiar tune,i wish i'd never,i am me once more,poppy adalah some of the highlights...AWESOME..
dark_prince82 (4/3/2008 9:26:42 AM): "this next song is for my Youtube subscriber"
dark_prince82 (4/3/2008 9:26:48 AM): that's why..
aemiiography (4/3/2008 9:26:50 AM): OH MY GOAT!!
aemiiography (4/3/2008 9:26:59 AM): dammit wish i was there
dark_prince82 (4/3/2008 9:27:08 AM): tapi memang seronok because i'm like a huge fan!!

le sigh~
till next time koko.

17 Bag O Crap

Crap.

Aku baru dapat tahu pemilik suara merdu yang misteri kat youtube tu akan perform at The Attic.

Crap.

It's raining.

Crap.

I don't have a driving license.

Crap.
Crap.
Crap.

16 Mad Lips

For the past two months or so I've been highly attracted to anything about lipbalms and glosses. Mostly lipbalms. I have joined an ELF spree on LYN(still waiting to arrive), ordered a tube of Hershey's Chocolate Candy Lipbalm(should come along with ELF stuff), bought The Body Shop Vit E lipbalm to cure the dry pucker problem, a few damn Clinique mini lipgloss, anddddd *drumrolls* Bioglo Cherry Pink (Lip & Nipple Cream!!). The last one claims to



"... naturally and gradually lighten discoloured lips and nipples. Achieve an instant pink hue from the very first application...."

I have yet tried on the areola area.. just on my lips though.

Nak try?

Eleh nak la tu..

EDIT: ah yess... i just joined mylipstuff spree and ordered three tubes.

I AM INDEED UNSTOPPABLE!

14 Crash & Burn

Kelmarin malam aku mimpi lagi, mimpi orang yang sama dengan semalam.

Mimpikan orang yang pernah berjanji sehidup semati dengan aku masa hingusan dulu. Mimpikan si dia yang melakar hebat rumah impian kami, di kelas Lukisan Kejuruteraannya. Mamat pendek skinhead, the rebellious one. Ada apa aku dengan mereka yang botak? Entah, aku mudah tertarik agaknya. Kawan aku, si perempuan mata sepet, FreeWinkle^^ pernah cakap aku cepat cair. Masa tu baru umur 15 tahun. Ceh, how dare you.

Berbalik pada mimpi tu, aku mimpikan zaman sekolah. Berbaju kurung, kain biru pekat dan si dia berkemeja putih berseluar hijau. Kami semua tengah menunggu giliran untuk sesuatu. Untuk diterangkan cara-cara bermain permainan baru yang ada. Aku berdebar-debar melihat dia. Kami semua beratur sambil bersandar di dinding, anxious menanti giliran. Semua permainan tu sangat best, seperti di Fun Fair tu! Aku lihat dia menjeling-jeling. Macam tersenyum, macam tidak. Gusar jadinya. Betul ke dia senyum kat aku?! Ada sebabnya aku nervous bagai nak rak. Aku yang putuskan hubungan ni.....

Tiba-tiba bila mimpi menghampiri ending, (ya know how ya'll can sense that it's almost morning and it's time to wake up though ur still deep in sleep?).. dia datang menegur, bertanya khabar, tersengih-sengih malu-malu. Aku menghela nafas lega kerana aku sememangnya menanti dia yang bertanya. Dia ajak aku tenet. Wohoo, kata aku dalam hati. Blushing pipi! Gembiranya tak terkata, tak sangka aku dapat naik lagi motor TZM merah putih tu. Aku terasa semuanya bagai berlaku dalam realiti, bukan mimpi!

Sehinggalah dikejutkan alarm 645am. Aku terpempan sekejap. Tak sangka semuanya hanya mainan perasaan. Kecewa. Rupanya dia masih tak tahu, aku merasa bersalah? Rupanya dia masih berdendam? Rupanya, aku masih belum pohon kemaafan pun.

Shit. Dan ini bukan kali pertama mimpi ni berlaku. Lagi dan lagi dan lagi. Why is it so hard to say I'm sorry?

p/s: sssh... bagi yang tahu siapa yang dimaksudkan simpan rahsia ini.

13 Mahoney/CJ7


Ahhhh CJ7 and Molly Mahoney :))))

Soo amazingly sweet + cute + sad all jumbled up in one. CJ7 is so freaking sad when it focuses on their poverty. I mean seriously, does anyone really lives like that?? I know the whole lot about being seriously utterly poor like in Africa or Vietnam but in CJ7 arghh it just tears my heart apart! Binatang CJ7 tu taklah comel sangat, although I saw a chinese guy toying with the cj7 stuff toy sambil menyanyi kegumbiraan di traffic jam sabtu lepas. I mean, eh?

Dan tak di lupa, Natalie Portman. Who never fails to give me an orgy everytime I see her laughing like crazy. So sweet with that doubley mole on her cheeks and her pixie haircut.

Anyway, hari ni hari cuti lagi untuk department aku and yang berkaitan. Tapi aku datang opis macam biasa, lepak kantin for breakfast and hog internet. Aku ada kerja sikit nak buat tapi tengah tunggu PIC datang bagi material. Ah! Lupa pula nak bawa borang cukai tahunan(??) aka borang EA(??) and resit-resit. Hari ini LHDN and Zakat datang open counter di kantin depan.
____ __ __
Baru balik dari kantin depan, selesai bertanya-tanya dengan org LHDN and isi borang potongan zakat. Senang!Oklah, nak pergi buat kerja sikit.